Followers

Friday 30 December 2011

Datuk Amar Mohamad Asfia Menggantikan Gabenor???

Mohamad Asfia Awang Nassar telah dianugerahkan pangkat Datuk Amar dan kini gelaran beliau adalah Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.






Berkuatkuasa 29 haribulan Disember 2011 jam 10 pagi Datuk Amar Asfia Awang Nassar menggantikan sementara tanggungjawab dan kerja-kerja Gebenor kita yang mengambil cuti selama sebulan.

Ini adalah perutusan daripada Datuk Amar Asfia untuk tatapan rakyat…Kami berharap apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada beliau akan terlaksana dengan bijak dan saksama.

Era globalisasi telah mengubah cara komunikasi masakini. Ledakan teknologi maklumat memaksa organisasi untuk terus berubah bagi menyesuaikan diri dengan trend dan kehendak masakini demi kelangsungan hidup.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana telah mengikuti perkembangan semasa dengan pembinaan Laman Web.
Usaha ini adalah selaras dengan kehendak masakini, lebih-lebih lagi dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan Kerajaan Elektronik (e-Government) di samping mengorak langkah ke arah pencapaian Wawasan 2020. Laman Web ini diharap akan dapat mendedahkan Dewan Undangan Negeri Sarawak kepada pihak umum. Lazimnya, maklumat tentang Dewan Undangan Negeri (salah satu daripada tiga komponen kerajaan di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen) amat jarang dan payah untuk diperolehi. Kini tidak lagi demikian. Paparan Laman Web Dewan Undangan Negeri Sarawak ini diharap dapat mendedahkan segala maklumat tentang cabang Legislatif di Negeri Sarawak.
Selamat melayari.

(DATUK AMAR HAJI MOHAMAD ASFIA BIN AWANG NASSAR)

Speaker

Thursday 29 December 2011

JALAN RAYA TERPUTUS DI SARAWAK!



JALAN PENGHUBUNG SRI AMAN DAN SERIAN [KM77] TELAH TERPUTUS AKIBAT HUJAN YANG TELAH TURUN TANPA HENTI SEJAK HAMPIR SEMINGGU YANG LALU.

SEBAB-SEBAB KENAIKAN HARGA RUMAH

"KENAPA HARGA RUMAH YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU PERUMAHAN BEGITU MAHAL DAN MELAMPAU SEJAK AKHIR-AKHIR INI?

ADAKAH KERANA BAHAN-BAHAN BINAAN YANG MENINGKAT NAIK? MEMANG YA...TETAPI BUKAN ITU SAJA. FAKTOR LAIN ADALAH KOS PEKERJA DAN JENTERA.

KADANG-KADANG TERJADI HARGA RUMAH NAIK MENDADAK TIDAK SELARI DENGAN KENAIKAN HARGA BAHAN BINAAN SEPERTI 2,3 TAHUN KEBELAKANGAN INI CONTOHNYA HARGA SIMEN 2,3 TAHUN DULU SEKITAR RM18~RM19/BAG TETAPI SEKARANG TURUN KE RM15.50 ~ RM17/BAG TETAPI HARGA RUMAH TETAP NAIK DAN TAK PERNAH TURUN.......INI DISEBABKAN OLEH PERMINTAAN TERHADAP HARTANAH INI BEGITU TINGGI SEKALI. BUKAN SAJA DI BANDAR BESAR SEPERTI K.L, PENANG ATAU JB TETAPI IANYA MENYELURUH KE BANDAR KECIL DAN SEDERHANA DI SELURUH NEGARA.

APABILA PERMINTAAN TINGGI MAKA PEMAJU AKAN MENAIKKAN HARGA TAMBAHAN PULA NILAI TANAH JUGA MENINGKAT SAMA . PEMAJU PERUMAHAN LEBIH BERMINAT KEPADA PROJEK PERUMAHAN MEWAH DARIPADA PERUMAHAN KOS SEDERHANA DAN RENDAH. KENAPA..? KERANA UNTUNGNYA BERKALI GANDA DAN BOLEH DIMILIKKI OLEH WARGA ASING YANG BERMASTAUTIN DI NEGARA KITA.

PEMAJU PERUMAHAN YANG MEMBINA PERUMAHAN KOS SEDERHANA DAN KOS RENDAH ADALAH DISEBABKAN OLEH TANGGUNGJAWAB SOSIAL BAGI MEMENUHI KEHENDAK KERAJAAN DAN RAKYAT TEMPATAN. TETAPI HARGA RUMAH TERSEBUT TIADA KAWALAN DAN BERGANTUNG KEPADA PASARAN SEMASA. HARGA SESEBUAH RUMAH YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU PERUMAHAN BERGANTUNG KEPADA LOKASI PROJEK TERSEBUT. JIKA DI BANDAR BESAR HARGANYA LEBIH MAHAL KERANA NILAI TANAH YANG LEBIH TINGGI.

DARI MANA PEMAJU DAPAT TANAH UNTUK BINA PROJEK PERUMAHAN?


  1. TANAH PERSENDIRIAN
  2. TANAH KERAJAAN

PEMAJU AKAN MEMBUAT CADANGAN ATAU PROPOSAL UNTUK MEMBANGUNKAN SESUATU KAWASAN DENGAN PROJEK PERUMAHAN DEMI MEMENUHI KEHENDAK ORANG RAMAI YANG MAHUKAN RUMAH. PEMAJU AKAN MENYERAHKAN CADANGAN INI KEPADA KERAJAAN NEGERI. SUDAH SEMESTINYA KERAJAAN AKAN BERSETUJU KERANA PROJEK INI UNTUK RAKYAT DAN SEMUA KOS AKAN DITANGGUNG OLEH PEMAJU TERSEBUT. SELAIN KAWASAN TERSEBUT MENJADI MAJU KERAJAAN JUGA AKAN MENGENAKAN PREMIUM KEPADA PEMAJU TADI DI ATAS PENGAMBILAN TANAH TERSEBUT. PEMAJU PULA AKAN MEMASUKKAN KOS PREMIUM TANAH INI KE DALAM HARGA RUMAH YANG TUAN/PUAN AKAN BELI NANTI.


APA BEZANYA ANTARA PEMAJU PERUMAHAN DAN KONTRAKTOR

PEMAJU

PEMAJU PERUMAHAN ATAU PEMILIK/CLIENT ADALAH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMAJUKAN SESEBUAH KAWASAN DENGAN PROJEK PERUMAHAN. BAGI PROJEK PERUMAHAN YANG BESAR BIASANYA TERDAPAT PERUMAHAN KOS RENDAH, SEDERHANA DAN MEWAH. DALAM PROJEK PERUMAHAN SEPERTI INI PIHAK PEMAJU JUGA DIWAJIBKAN MEMBINA KEMUDAHAN ASAS SEPERTI JALANRAYA, DEWAN ORANG RAMAI, SURAU, PADANG PERMAINAN KANAK-KANAK, LONGKANG DAN SEBAGAINYA. JADI SEMUA KOS MEMBINA KEMUDAHAN ASAS INI ADALAH DITANGGUNG OLEH PEMBELI MELALUI HARGA RUMAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PEMAJU. BUKAN ITU SAJA, SAMADA KITA SEDAR ATAU TIDAK SEMUA KERJA-KERJA SEBELUM , SEMASA DAN SELEPAS PEMBINAAN JUGA DI TANGGUNG OLEH PEMBELI RUMAH 100%. MALAH PEMAJU JUGA MENGAMBILKIRA KOS YANG DITANGGUNG OLEH MEREKA BAGI MEMBAYAR GAJI PEKERJA ATAU KAKI TANGAN YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG KE ATAS PROJEK TERSEBUT. INI BELUM LAGI DIKIRA % KEUNTUNGAN YANG PEROLEHI KE ATAS SETIAP BUAH RUMAH YANG DI JUAL. ANTARA KOS SEBELUM PEMBINAAN ADALAH PERLANTIKKAN FIRMA-FIRMA PERUNDING SEPERTI ARKITEK, JURUTERA PERUNDING CIVIL dan M&E, LAND SURVEYOR DAN JURUUKUR BAHAN BAGI TUJUAN MEREKABENTUK DAN ANGGARAN KOS SESEBUAH PROJEK.

KONTRAKTOR

KONTRAKTOR ADALAH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH PROJEK. DALAM PROJEK PERUMAHAN YANG BESAR PEMAJU MELALUI FIRMA JURUUKUR BAHAN AKAN MENGELUARKAN DOKUMEN TENDER BAGI PROJEK TERSEBUT DAN MEMANGGIL KONTRAKTOR BAGI MEMBIDA HARGA SAMADA SECARA TERBUKA ATAU TERTUTUP. KONTRAKTOR AKAN MEMBIDA PROJEK PERUMAHAN TERSEBUT AKAN MEMASUK SEKALI % KEUNTUNGAN YANG DIKEHENDAKKI.

SELALUNYA KONTRAKTOR YANG MEMENANGI TENDER DINILAI BUKAN SAHAJA BERDASARKAN HARGA YANG MUNASABAH TETAPI JUGA DARI SEGI KEUPAYAAN MODAL, TEKNIKAL DAN JUGA PENGALAMAN.

PEMAJU / KONTRAKTOR

PEMAJU DAN KONTRAKTOR ADALAH PIHAK YANG SAMA SELALUNYA BAGI PROJEK PERUMAHAN YANG KECIL LEBIH KURANG 10 ~ 20 BIJI RUMAH SAHAJA. KEBIASAANNYA DIBINA DI ATAS TANAH PERSENDIRIAN ATAU DALAM BENTUK USAHASAMA ANTARA PEMILIK TANAH DAN PEMAJU/KONTRAKTOR. RUMAH YANG DIBINA SELALUNYA MENGIKUT PERMINTAAN PASARAN SEMASA SAMADA BUNGALOW ATAU SEMI-D ATAU TERES.

KONTRAKTOR KECIL

KONTRAKTOR KECIL ADALAH KONTRAKTOR KELAS 'F' YANG HANYA BOLEH BEROPERASI DI DAERAH TEMPAT TINGGAL KONTRAKTOR TERSEBUT IAITU MENGIKUT SEBAGAIMANA ALAMAT YANG TERDAPAT DALAM 'LESEN PKK KELAS 'F MEREKA. WALAUPUN NILAI PROJEK YANG DIBENARKAN TIDAK BOLEH MELEBIHI RM200k TETAPI PROJEK YANG BERNILAI ANTARA RM100k ~ RM200k MEMANG BANYAK YANG DIKELUARKAN OLEH JKR, PEJABAT DAERAH, MAJLIS DAERAH DAN SEBAGAINYA.

KONTRAKTOR KECIL INILAH KEBANYAKANNYA TERLIBAT DENGAN KONTRAK BINA RUMAH KEPADA MEREKA-MEREKA YANG ADA TANAH SENDIRI ATAU BARU DIBELI DAN INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN MASING-MASING. KEBIASAANYA TUAN TANAH YANG TIDAK MEMPUNYAI MODAL YANG CUKUP AKAN MEMBUAT PINJAMAN KERAJAAN ATAU BANK DAN MELANTIK KONTRAKTOR KECIL/KELAS 'F' BAGI MEMBINA RUMAH MEREKA.

Kepada bakal pembeli dan pemilik rumah yang dihormati........

Kenaikan harga rumah dari masa ke semasa memang tidak dapat dielakkan lagi dan ianya begitu ketara bagi tahun-tahun kebelakangan ini. Perkara ini bukan saja berlaku di bandar-bandar besar saja tetapi ianya menyeluruh sehingga ke bandar-bandar kecil seluruh negara.

Kenaikan yang mendadak sejak akhir-akhir ini sangat memberi tekanan kepada golongan sederharna yang berpendapatan sekitar RM 3000 ~ RM 4000 ribu sebulan. Pada masa sekarang harga sebuah rumah semi-D setingkat dengan keluasan 1200 ~ 1500 ka persegi termasuk carporch adalah antara RM 150,000 ~ RM 200,000 sebuah dan lokasinya di bandar kecil/sederhana. Kebiasaanya rumah semi-D mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu bersekali dengan ruang makan, dapur dan 2 bilik air. Berapa jumlah pinjaman bank yang anda perlukan bagi membiayai pembelian rumah anda. Jika anda pinjam sekitar RM150k maka bayaran bulanan sudah tentu sekitar RM1500 sebulan. Adakah anda mampu? 

Sunday 18 December 2011

Borang BR1M yang difotostat boleh digunakan: Ahmad Husni

IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

"Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.
Ahmad Husni berkata orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Katanya sehingga Khamis lalu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan berkenaan.

Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012.

Ahmad Husni berkata borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin ini selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.
Mereka yang berdaftar dengan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika didatangi pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran selain meminta nombor akaun bank bagi mendapatkan bantuan berkenaan. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BorangBR1Myangdifotostatbolehdigunakan_AhmadHusni/Article

Tetapi saya terjumpa satu blog yang menterbalikkan kenyataan pihak LHDN ini. [Klik disini] untuk korang nilaikan sendiri. Tak tau la pulak disengajakan atau tidak disengajakan..

PARTI SNAP MEMBAYANGKAN MENYERTAI BN??


Dalam kenyataan Presiden SNAP En Edwin Dundang menerusi Utusan Borneo hari ini (2.12.2011) telah membayangkan bahawa Parti SNAP masih mempunyai semangat Barisan Nasional. Pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 yang lepas ternyata SNAP masih mempunyai semangat BN apabila meleraikan ikatan dan tidak mahu berpakat dengan Pakatan Rakyat.

“SNAP Buka pintu kepada SPDP 5” kata Presiden SNAP. Jelas sekali parti SNAP mencari peluang atau jalan untuk menyertai semula Barisan Nasional, Ini kerana ahli SPDP 5 yang tidak sehaluan dengan Presiden SPDP itu merupakan Yang Berhormat daripada Barisan Nasional. Sekiranya SPDP 5 menyertai SNAP maka besar lah peluang SNAP untuk menyertai semula Barisan Nasional.

Merujuk kepada Datuk Sylvester Entrie ADUN N66 Marudi yang dipecat daripada SPDP, Presiden SPDP Tan Sri William Mawan dengan tegas mengatakan bahawa mana-mana parti komponen Barisan Nasional Sarawak ( PBB, PRS dan SUPP ) tidak boleh menerima beliau ( Sylvester Entrie ) menyertai mana-mana parti komponen BN.

Untuk meneruskan career politik, Besar kemungkinan bagi Datuk Sylvester Entrie dan rakan-rakan SPDP 5 tersebut akan kembali kepada parti SNAP seterusnya membawa kembali SNAP menyertai Barisan Nasional.


Petikan daripada Utusan Borneo MIRI: Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) mengalu-alukan lima anggota Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang lebih dikenali sebagai SPDP 5 untuk mendaftar menjadi ahli SNAP.

Presidennya, Edwin Dundang Bugak berkata, pihaknya sentiasa mengamalkan pintu terbuka kepada kelima-lima mereka yang terdiri daripada Datuk Sylvester Entri Muran, Datuk Peter Nansian, Datuk Dr Tiki Lafe, Rosey Yunus dan Paulus Palu Ngumbang.

“Saya suka gelar mereka ini sebagai ‘Rentap 5’ dan kita sedia menerima mereka kerana SNAP adalah parti berbilang kaum juga. Malah, pintu SNAP adalah terbuka untuk semua,” katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui semalam.

Turut hadir semalam ialah calon pilihan raya umum negeri yang lalu bagi parti SNAP, Johari Bujang dan Lawrence Cosmos.

Menurut Edwin, SNAP tiada halangan sama sekali untuk menerima Rentap 5 sekiranya mereka berminat untuk menyertai parti terbabit.

Jelas beliau, tiada istilah ‘dendam’ dalam dunia politik memandangkan apa jua boleh berlaku.

“Hari ini kita bermusuhan tetapi esok pula kita boleh menjadi kawan se-mula,” katanya.
Beliau menambah, SNAP membuka pintunya untuk Rentap 5 selepas salah seorang daripada mereka, iaitu Entri dipecat daripada SPDP manakala yang lain dilucutkan jawatan oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom, minggu lalu.

Ditanya sama ada SNAP mahu kembali ke Barisan Nasional (BN), Edwin menjawab dengan samar-samar mengatakan bahawa SNAP masih ada semangat BN.

“Banyak perkara yang boleh dipertimbangkan, namun secara teknikal, SNAP masih mempunyai semangat BN,” katanya.

YANG MENJADI TANDA TANYA SEKARANG IALAH ADAKAH BARISAN NASIONAL AKAN MENERIMA PARTI SNAP MENYERTAI BN????

Sumber : Orang Panggau

Friday 9 December 2011

Cerita seorang kawan PHD

Lama sangat dah tak merepek, mlm ni rasa mcm nak share sesuatu dgn korang..adalah tentang manusia2 yg punya PHD-Perasaan Hasad Dengki.

Nak dijadikan cerita, aku ada seorang kawan yang sangat2 tinggi PHD nya...Aku menulis tentang dia ni pun sebab aku geram tapi bukan sebab aku benci dia. Dulu aku tak sangka la benda2 mcm ni berlaku sbb kat tempat kerja sebelum aku keje kat situ aku tak pernah jumpa lagi orang yang perangai  mcm tu...

Kalau orang yg baru start keje ngan kita, kita bagila tunjuk ajar...ni tak..dia siap canang kat semua orang yang aku satu keje pun tak reti..(dulu la,lepas tu da pandai)..hello...mcm mana la aku nak reti kalo ko tak ajar kan? Tu pun, kalau aku tanye, mcm nak tak nak je dia bagitau. Dah tu pulak, kalau dapat info, tak nak share, bila org tanya dah tentu la aku tak tau apa2..serius, aku memang sedih time tu...dah la aku malu sbb dia bgtau semua org yg aku selalu ckp tak tau...tak tau...tak tau...

Mana maruah aku beb..sedih betul aku dengan kawan aku sorang ni...Aku lagi sedih bila org buat mcm tu..tapi tu la..nak buat mcm mana kan, sbb aku masa tu masih baru lagi keje kat situ...Bukan aku sorang yang dia dengki, kawan2 lain pun kene jugak..ada jugak la dorang cerita kat aku perangai dia yg sebenarnya...tp aku bawa banyak2 bersabar sbb tujuan aku keje kat situ pun sbb nak cari rezeki...

Ada satu kali tu, dia share cerita dgn aku pasal budak2 lain kat pejabat tu...sampai hal peribadi dorang pun dia tahu...dia cerita la kat aku dari A sampai Z...dan aku pun hampir2 percaya...sehingga pada satu tahap aku dah boring dengan cerita dia sbb sikit2 ckp hal peribadi org...korang faham kan? 

Ada satu kes tu yg menyebabkan kitorang sampai gaduh2 manja kat dlm pejabat...masa tu baru aku tahu, dia bukan saja ada PHD yg tinggi tp ada jugak bakat olah2 cerita yg tak betul...kat belakang aku, dlm dia cerita hal peribadi org lain kat aku, rupa-rupanya, dia mengumpat aku pulak kat budak yg dia umpat kat aku sebelum ni...bawa mulut...lebih sudah...sampai aku hot masatu...dan akhirnya kami gaduh...

Aku pelik la masa tu...kat pejabat tu dorang tak ada keje lain ke selain mengumpat sesama sendiri? Aku jadi tersepit dengan keadaan masa tu...rupanya selama ni dorang tak ngam, bila ku masuk je, masing2 ambil peluang...serius beb, aku tak pernah jumpa lagi pejabat yg mcm tu sebelum aku keje kat situ..sampai satu tahap tu aku rasa aku nak berenti keje tapi tu la, aku datang pun sbb nak cari rezeki...zaman sekarang ni bukan senang nak dpt keje...apa pun yg terjadi, aku sabar je la...

Bukan itu je, malah makin lama, makin nampak 'true colour' dia...dia suka cakap tinggi [berlagak]. Tolong la...aku sangat2 tak tahan dengan perangai berlagak dia tu...aku bukan jeles pun tp aku rasa menyampah sungguh..Ok, dia ni suka berlagak bab2 beli barang, bab duit dan segala bab lah...pls la wei...mcm la aku ni boleh jadi saingan dia...aku sedar la aku tak mampu semua tu tp jgn la menunjuk-nunjuk sangat sampai nak melancong pun sbb semata-mata nak beli pinggan mangkuk...hahaha...lawak ada la...tp jeles tidak sama sekali..

Terlebih bangga sangat kot die ni melancong kat luar Negara...Aku pelik la...kalau org lain yg cerita pengalaman melancong aku tak rasa pun dorang menunjuk-nunjuk sangat...tp kalau die, memang nampak sangat la nak menunjuk-nunjuk...tp ada 2 kali dah dia beli sourvenir untuk aku dan kawan lagi sorang...2 kali tu jugak la dia beli kerongsang...ni yg aku tak suka ni...bukan apa...bila dia pergi melancong, aku target benda yg lebih mahal dia beli untuk aku tu...hahaha..ni takat keronsang...biase je..kat dlm negara pun berlambak boleh dapat dan aku boleh beli....murah plak tu...huhu...aku geram betul....hahaha...

Kalau pasal keje plak, die jugak yg cari pasal dengan aku...org mcm ni main hentam keromo jer...tak reti baca carta organisasi kot die ni...mcm ni sebenarnya, sebelum aku keje kat situ, carta organisasi tak wujud...ntah knp aku pun tak tau...mungkin sama2 buat atau pun aku teringat kes tadi yg aku cerita pasal tak tau...tak tau...perempuan ni sebenarnya tak suka buat keje dgn orang lain...dia selalu buat keje sendiri2..tak nak share dgn org lain walaupun ia penting untuk dishare [untuk mengelakkan bila org tanya, 'tak tau..tak tau' tak keluar dari mulut org lain yg menjawab]...susah kan, bila kerjasama dgn org mcm ni? Bagi aku susah la jugak...Nak dijadikan cerita, minah ni tak nak pulak handover keje die kat aku...adohh2x...sakit otak dan jiwa aku..last2 keje aku yg jadi kelam kabut...mana taknya, dokumen2 dan data2 kelam kabut...tak ada sistem ke dorang keje selama ni? Kalau aku mintak sesuatu data tu, dia tak bg aku sekali gus...dia mcm sengaja suruh aku mintak banyak kali sampai aku naik fedup...bila aku dah fedup aku tak mintak lagi, dan keje aku pun lintang pukang...tu la yg dia nak sebenarnya....Bila keje aku kelam kabut, dan nama aku pun tercalar....lepas tu, org akan puji dia sorang yg pandai buat keje...itu yg dia nak sebenarnya....

Tapi dlm pada itu jugak, dia ni jenis 'lembu punya susu, sapi dpt nama'...aku la lembu tu....dia suke mengaku dia yg buat keje kalau keje yg dah beres. Tapi kalau ada sesuatu yg tak kene dgn sesuatu keje tu, tanpa segan silunya dia ckp mcm ni, "Tu la dia org, aku tak tau mcm mana dorang buat keje". Depan aku lagi tu  dia boleh ckp mcm tu melalui telefon. Aku terus bersabarrrrr..........niat aku adalah cari rezeki...

Kawan aku tu kalau pijak semut pun tak mati bila cakap depan kita..tapi kat belakang habis la dia canang cerita dongeng pasal kita kat org lain...Aku betul2 tertekan sampai selalu fikir nak berenti keje...kalau aku berenti mana aku nak cari rezeki..:-(

Tapi, walaupun perangai dia mcm tu, tp rezeki dia banyak...apa saja yg dia nak pasti dia dapat...Mungkin hati dia baik sebenarnya...Perangai manusia kan mcm2...mcm aku dalam cerita ni la, nampak mcm aku ni baik sangat sampai kene dgn minah ni sampai mcm tu sekali, tp hati aku org lain tak tahu...betul tak?Aku tak nak fikir negatif sangat pasal dia...Bagi aku setiap yg berlaku ada hikmahnya...kalau hari ini kita berada di bawah...suatu hari nanti kita pasti berada di atas! Hidup ni kan umpama roda....:-)




Tuesday 6 December 2011

ORANG HILANG LAGI [TERBARU]

Semalam saya kongsikan 2 kes orang hilang. 2 jam yang lepas (sebelum entry ini ditulis) 2 orang lagi gadis remaja masing-masing dari Betong dan Bau dilaporkan hilang pula. Kenapa ramai orang hilang semenjak 2 menjak ni??

 Fatimah Binti Abdullah

Betong-Seorang remaja perempuan dilapor hilang .Butir-butir OYDH ialah :-
Nama : Fatimah Binti Abdullah
Pekerjaan : Pelajar
Alamat : Kampung Melayu Pasa, 95700 Betong, Sarawak.


Keterangan Fizikal :-
Tinggi : 5 kaki 1 inci
Rambut : Lurus
Warna Kulit : Coklat
Kepada sesiapa yang menpunyai maklumat OYDH adalah dialu-alukan dan sila berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Sjn Di@Abdul Gani Bin Ali 019-8575605 di Balai Polis Betong atau di mana-mana balai yang berhampiran


.[Sumber]


Sim Sita Ak Baba




Bau- Seorang wanita telah dilapor hilang. Butir-butir OYDH ialah :-
Nama : Sim Sita Ak Baba (P)
Umur : 34 Tahun
Bangsa : Iban
Pekerjaan : Pembantu Kedai
Alamat : Kampung Barieng Singai ,94000 Bau Sarawak.


Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang OYDH adalah amat dialu-alukan dan berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat SI Mihen Ak Naid 019-8493888 di Balai Polis Bau atau mana-mana balai yang berhampiran.


Tolonglah....saya dah mula rasa takut sekarang ni..Mohon rakan2 share ye...

Monday 5 December 2011

LAGI-LAGI ORANG HILANG

Feliscia Asira Ak Roselinawati

ORANG HILANG


Kuching - Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai hilang setelah keluar dari rumahnya pada 24.11.2011 jam 10.30 malam :-


Nama : Feliscia Asira Ak Roselinawati ( P)
Umur: 11 Tahun
Tarikh Lahir : 10.07.2000
Rambut : Pendek/Lurus/Hitam
Berkulit cerah, pakaian semasa keluar daripada rumah tidak diketahui. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat adalah dialu-alukan dan sila berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Insp. Dorairajah 013-5603340 di Balai Polis Sekama atau di mana-mana balai yang berhampiran.



Shirra Alissa Choo Anak George


Remaja perempuan telah dilaporkan hilang sejak 14/11/2011 sehingga kini, bersabit Ampang repot: 30703/11 dan disiasat dibawah seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang. Kali terakhir mangsa dihubungi oleh keluarganya pada 14/11/2011 jam lebih kurang 8.50 malam di kediaman keluarganya di Bukit Indah, Ampang, Selangor. Butir-butir remaja tersebut seperti berikut:-


Nama : Shirra Alissa Choo Anak George
Umur : 19 Tahun
Alamat : 7B-09-01, Tiara Intan Condo,
Jalan Bukit Indah 3/19, Taman Bukit Indah,
Ampang , Selangor.
Status : Pelajar KLMU


Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah melihat remaja yang dinyatakan sila tampil bagi membantu siasatan pihak polis bagi mengesan remaja tersebut. Sebarang maklumat atau pertanyaan sila berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes ASP Arshad bin Abu di talian 03-42897222 atau atau mana-mana balai polis yang berdekatan.






Mereka ini belum ditemui oleh pihak polis sehingga ke hari ini! Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan berdoa semoga mereka segera ditemukan dan berada dalam keadaan selamat..[Sumber] [Sumber]

Thursday 1 December 2011

TEMURAMAH TERHADAP KETUA MENTERI SARAWAK

Kali ini mari kita sama-sama menonton video temuramah terhadap Ketua Menteri Sarawak mengenai isu-isu politik Sarawak.






Video kedua mengenai ketulusan pentadbiran Ketua Menteri Sarawak:






Video yang ketiga mengenai isu alam sekitar terutamanya kes pembalakan dan tanaman kelapa sawit di Sarawak:



BujangsenangBN