Followers

Tuesday 30 October 2012

Anugerah Musik Dayak 2012 kembali!




Industri tempatan Sarawak bakal mendapat pengiktirafan masing-masing pada malam gilang-gemilang Anugerah Musik Dayak 2012 yang bakal berlangsung pada 24 Nov 2012 bertempat di DeTAR Putra UNIMAS.

DeTAR Putra UNIMAS

Tiket-tiket sudah mula dijual dengan harga RM30 & RM50 sahaja dan roadshow AMD 2012 sedang bergerak ke seluruh bahagian di seluruh Sarawak.

Orang kuat AMD 2012


Masterpiece

Ery Lang Taju Remaung


Melisa Francis

14 Kategori 20 Anugerah bakal jadi rebutan para Artis, Komposer, Production House etc. Selamat maju jaya kepada semua artis yang terlibat..


Credit Picture: Facebook Dama

Friday 12 October 2012

2 orang artis Iban diarah berehat

 Menurut satu sumber baru2 ini, 2 orang penyanyi iban diarah untuk tidak lagi membuat persembahan dengan serta merta kerana mereka berdua tidak layak dipertuntunkan di khalayak ramai atas beberapa sebab.

Sebelum ini, banyak pihak membuat aduan tentang 2 orang penyanyi berkenaan kerana sering memaki hamun orang ramai dan sempat memburuk-burukkan kerajaan sebelum membuat persembahan. Sikap mereka itu nyata tidak disenangi oleh orang ramai lantas banyak aduan sudah dibuat.

Kepada artis tersebut, kalau nak berpolitik kenalah cari tempat dan masa yang sesuai. Apa apa pun, jangan sampai peminat anda lari...hehe..

Jeng...jeng..jeng...sama2 lah kita cari siapakah 2 org artis tersebut..Sekian.


Wednesday 10 October 2012

Kerja bertimbun

Kerana nak siapkan tugasan lain yang diamanahkan, kerja sendiri di office semakin berlambak. Padahal prestasi kerja aku sangat2 bergantung dengan kerja pejabat aku. Tapi, aku tak boleh lepas tangan dengan kerja yang satu ni kerana prestasi tu bukan untuk aku sorang tapi untuk satu kumpulan.

Pening...dateline dah nak due lagi 2 minggu. Tapi satu kerja kat office pun aku tak sentuh lagi. Minggu ni memang tak dapat nak tumpukan perhatian sangat pada tugas sebab kena demam. Nasib baik tak teruk. Mungkin antibodi aku masih kuat kot..hehe...Kadang2 aku geram la jugak tengok orang lain duduk goyang kaki padahal makan gaji lebih kurang je.

Oh ye, hari ni kene outstation lagi tapi balik besok. Badan masih tak sihat tapi takkan nak cancel last minute. Walau apa pun, janji mesti ditepati..kan....?

worait...see ya...muax!