Followers

Sunday 23 June 2013

Hari jadi yang ke-30

Selamat malam semua. Hari ini adalah hari jadi aku yang ke 30!

Pagi tadi aku bangun lambat sebab mlm tadi pegi rumah terbuka hari ngiling tikai di rumah bos besar aku. Bila bangun tidur tu aku rasa malas sebab badan aku rase letih sangat. Kemudian aku nak pegi ke bilik air tapi kaki  terasa sakit bila dipijak ke lantai. sakit yang teramat sangat. Namun aku gagahkan juga sbb nak terkencing. Takkan nak tahan jugak kan..

Tiba2 dapat kol dari seorang kawan rapat iaitu Pn. Priscilla. Ajak jumpe sebab ada barang die tertinggal kat dalam kete aku. So, lepas tu aku terus pegi mandi. Dalam keadaan kaki sakit tu, aku masih boleh drive kete sebab aku macam ada satu semngat yang luar biasa hari ini. 

Kami breakfast di J&J Kafeteria, Stutong. Kawan aku tu minat sangat dengan mee hun goreng (chinese style) kat kedai tu. So, kitorang order sorang satu. Bile sampai je mee hun goreng yang kite mintak tu, punye la kecewanya hati kami berdua kerana mee hun tu tak sama macam selalu yang kami makan sebelum ni. Mungkin tukang masak lain yg goreng mee tu kot. Kerana memang jenis yang bukan cerewet, aku dan kawan aku makan jer mee tu setakat yang termampu..huhu..(tak dpt mkn habis)

Lepas makan, kami jalan2 sekejap untuk beli barang di Tabuan Jaya. Kawan aku akan balik ke sarikei hari ini dan die nak beli barang2 sikit untuk anak2 die nanti.

Lepas aku jumpa dengan kawan aku tu, aku balik ke rumah. Tibe2 dapat kol dari my mom. Dalam hati aku berkata, "hmm..ni mesti nak wish birthday kat aku."

Rupa-rupanya mak aku bagitau yang ayah aku admit kat hospital kerana darah tinggi. Punye la terkejut aku bile mak bagitau darah tinggi ayah aku cecah 200 lebih. Betapa nyawa ayah dalam bahaya pada masa itu. Tapi syukurlah, dia kuat, mak aku tabah dan berjaya pujuk ayah untuk buat pemeriksaan di poliklinik. Mak aku pun bukan nya sihat. Die masih lagi dalam rawatan kemoterapi kerana kanser limphoma yang dihidapinya pada awal tahun ni.

So, ayah sekarang berehat di hospital. Aku saje tak nak kol die. cume bertanya khabar melalui mak. Mak kate darah tinggi ayah dah turun sikit petang tadi. Syukurlah...semoga ayah cepat sembuh. Tapi kerisauan tu masih ade lagi sebab my mom tak boleh selalu kena situasi mcm tu. Mak tak boleh terkejut, tak boleh rase letih, tak boleh kurang tidur dan tak boleh tak makan. Dua2 keadaan mak dan ayah merisaukan aku pada masa ini. Tapi, apalah daya aku. Aku tidak dapat pulang kerana esok aku bekerja dan ade masalah lain yang  buat aku hanya mampu berdoa buat mereka di sana. Tuhan pasti mendengar doa kami..

Thursday 20 June 2013

#Random


Selamat pagi.

sepatutnya malam tadi aku nak update blog tapi kerana candy crush saga lebih penting buat masa ini so aku tangguhkan niat aku tu. (serius)

Lepas ni mungkin aku nak update seminggu sekali. Tapi tengok jugaklah kalau ade benda penting aku nak share, aku akan update terus. Facebook dah boring sangat sekarang ni sebab ramai manusia kat dalam dunia facebook suka sangat buat sindiran yang kurang menyenangkan. I bukan terasa cuma naik muak dengan ragam manusia kat situ. Buat masa sekarang kalau aku buka facebook untuk main game..dan yg lain2 tu aku buat ikut mood..layan wechat, line, kakao talk, whatsapp etc..lagi seronok kot.

Hari ni khamis 20 jun 2013. Birthday bapak aku. 3 hari lagi birthday aku pula. sehari selepas birthday aku, birthday anak buah aku. 3 org sambut birthday pada bulan Jun.. aku dah wish birthday untuk bapa aku tadi kat wall facebook die. ermm..die belum tengok lagi agaknye sbb tu belum ade reply.

oh ye, aku lupe nak share satu bende. sekarang aku dah buat part time jual insurans sbb nak tambah side income. Gaji sekarang sangat2 tak cukup untuk menampung kehidupan buat masa sekarang. Harga barang naik tapi gaji belum naik. mungkin akan naik tapi tak tau bile..aku dah keje 5 tahun kat sini, tapi gaji naik RM200. bagi korang ok tak? Tak kire la aku keje kat manapun aku tetap rasa tu tak cukup. Bersyukur je la jawabnye..sebab tu aku buat part time. Ade jugak kebaikannya, jual insurans ni aku tambah banyak ilmu pengetahuan. Kesedaran tu timbul dengan mendadak. Dalam hati aku, kenapa la aku lambat sangat bertemu jodoh dengan Prudential. Mungkin disebabkan tekanan atau desakan hidup yang membuatkan aku tergerak hati tuk buat bende ni. lagipun ejen insurans satu kerja yang mencabar. Aku sukekan cabaran tu.Tapi ade satu sebab yang kuat membuatkan aku sanggup buat keje ni.

Aku belajar dari kesilapan dan kelekaan. Mak aku adalah sebab kenapa aku berada di prudential sekarang. belum masanye aku nak sharing kat sini. Tunggu dalam tempoh setahun aku pasti berjaya. Aku nak bahagiakan semua orang yang sayang kat aku. ya, aku nak bahagiakan orang lain...bukan untuk diri sendiri...tetapi untuk orang lain yang sangat aku sayang.

entry akan datang aku nak share tentang kehidupan aku selepas menjadi seorang ejen insurans. aku nak ceritakan tentang suke duke aku buat keje ni. Aku sambut cabaran ni. see ya!


Monday 17 June 2013

body massage

Tersebutlah pada suatu hari aku telah join sekumpulan rakan2 untuk pegi ke pusat urut. Nak urut kaki je pade mulanye tapi lepas tu tukar pulak plan massage seluruh badan. First time dan sangat tidak bersopan santun bile rase geli kene urut. Gile tak geli...

Kesakaian nak masuk pusat urut tu alahai...tidak dapat aku bayangkan dengan kata2. Punye la excited..Bukan pe, sebelum ni, sebut je pusat urut mesti ingat tempat org buat sex. (mata ke atas tangan dibahu). Ko ade?

Nak dijadikan cite, perempuan cina 2 org tu perasan sangat pandai ckp org putih. (english). Die tanyalah kat aku, " first time miss?"

aku jawap, "YES!". hah! sape ckp aku tak pandai ckp inggeris?

lepas tu kawan aku sebelah disoal pulak oleh tukang urut tu, "sleeping miss?".Tapi aku hairan kenapa kawan aku tu tak jawap jadi aku pun gelaklah. Bukan gelak sbb ape. Sebab aku tau kawan aku tu tak faham die cakap pe. Tak faham sebab, aku dengar die mcm cakap jepun jer...lepas kitorang gelak, urutan diteruskan..tapi tukang urut tu cakap2 dlm bahasa cina.

"eemmhh...mengumpat kite la tu," kate aku dgn kwn sebelah...gelak lagi....

Mula2 tu urutan die ringan2 jer kat belah blkng. Lepas tu urut ke peha, kemudian muka...perut...tangan...dan  last ke kaki...bile sampai kat kaki kawan aku buat bunyi..sakit la tu kot..haha...then tukang urut tu tanya die, "saki ka?" tak sempat kawan aku jawap, aku terus gelak..

aku terus menyampuk, "mem, not saki la...sakit!" lepas tu baru kawan ketawa..dan semua orang gelak..

memang best la urut satu badan. ade mase nanti nak pegi lagi. Tapi first time merasa kene urut tu seronok sangat ar...

Monday 10 June 2013

Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2013

Semalam saya pergi ke Majlis makan malam sambutan gawai dayak 2013 di Hotel Pullman, Kuching dengan tema pakaian ialah 'etnik'. Kalau kat kampung memang banyak aksesori yang melambangkan etnik dayak. Malangnya, saya terpaksa pakai dress hitam dan hanya memakai rantai dari etnik Lunbawang. (Suami Lunbawang).

Tetamu kehormat ialah Perdana Menteri Malaysia dan isteri.

Berikut adalah gambar2 yang sempat saya rakam bersama rakan2 semalam.










Wednesday 5 June 2013

8th wedding anniversary

 Hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan saya yang ke 8 tahun. Mempunyai seorang anak berumur 5 tahun adalah pengikat kasih yang sangat istimewa. Masa terlalu pantas untuk melakarkan kenangan pahit manis bersama. Sangat pantas!


Saya tak nak cakap tentang pahit manis selama 8 tahun. Tetapi apa yang saya nak cakap kat sini ialah tentang sijil perkahwinan yang besar nak mampus ni. Old school betul la. Sijil kawin org lain boleh simpan kat dalam wallet. Bayangkan kalau saya nak bawak sijil kawin saya macam mana? Owh..tak payah bawak pegi mane2 ke? 

Ke aku yang ketinggalan zaman.? 

Ade aku kisah 

 Sekian, terima kasih..