Followers

Monday 1 July 2013

Road Show pertama

 Sabtu dan Ahad lepas merupakan road show saya yang pertama bersama Prudential. Bermula seawal11 pagi sehingga 9.30 mlm di E-Mart Matang, Kuching Sarawak.

Seramai 9 ejen yang turun bagi tujuan membuat survey kepada orang ramai berkenaan dengan persaraan, pendidikan dan kesihatan.

Pengalaman pertama buat kerja mcm tu memang sangat susah untuk dimulakan. Namun, atas semangat yang kuat serta niat yang suci murni, saya terpaksa menebalkan kulit muka untuk bertanya dengan orang2 yang berada di sekitar tempat tersebut. Yelah, ramai yang pandang rendah dengan ejen insurans. Tapi kami juga manusia biasa yang bekerja untuk mencari sesuap nasi. Kadang2 ada juga ejen yang kene marah dan jadi tempat segelintir individu melepaskan geram. Mungkin sebelum ni mereka pernah beli insurans dgn agensi lain dan kebarangkalian pernah buat claim tapi mengalami proses yang rumit.

Disini saya ingin berikan beberapa fakta mengenai Prudential.

1. Prudential ialah syarikat insurans No.1 di Malaysia.
2. Tahun ini merupakan tahun ke 89 Prudential sudah terkenal di Malaysia.
3. Prudential merupakan 'main insurans' semasa berlakunya insident kapal titanic yang karam.
4. Prudential tidak pernah tukar nama. 'Prudential' sejak azali.

Ada banyak lagi cume saya tak larat nak taip. hehe..

Sebenarnya, apa yang sangat penting bila anda ingin membeli insurans, pastikan anda faham betul2 tentang polisi yang anda nak beli tu. saya ulangi, tolong fahami betul2 polisi yang anda nak ambil tu. Kenapa saya cakap macam ni, sebab tu la ramai yang cakap insurans menipu la..nak cari untung la..bla bla bla..padahal orang tu (segelintir) tak faham polisi insurans yang die beli.

Tips yang kedua, bila anda sudah membeli insurans, pastikan anda kenal siapa ejen anda dan simpan no telefon ejen anda tu. Bila anda masuk hospital ke, atau kemalangan ke, so senanglah anda nak berhubung dengan ejen anda. Itu memang tanggungjawab ejen anda untuk menguruskan segala yg berkaitan dengan kemalangan, kemasukan ke hospital kerana sakit dan juga kematian. (ikut jenis polisi).

Sekarang ni medical card sangat2 berguna. Tak percaya cuba pergi mana2 hospital swasta kat luar sana. Register je mesti nurse kat situ tanya ada medical card ke tak? Kalau korang ada medical card, anda tak perlu risau kalau masuk hospital swasta tentang bayaran bil. Sebab apa? sebab medical card yang tolong anda bayar. Tapi kalau ada medical card, kalau boleh janganlah pegi hospital kerajaan. Kan memang dah free tapi kene menunggu lama la selalunya. Maklumlah hospital kerajaan kan ramai pesakit..

Dengan ini, saya mintaklah pada orang ramai, jangan pandang ejen insurans dengan sebelah mata saje sebab mereka sudah banyak tolong orang. Sangat banyak membantu orang diluar sana. Kalau anda rasa kami sekadar nak ambik komisen, teruskan..kerana kami sangat yakin, semua orang bekerja untuk duit. Tapi ada banyak sebab kenapa saya minat menjadi ejen insurans. Saya ingin tolong orang kerana saya tidak mahu orang lain bernasib malang seperti saya. Ibu saya menghidap cancer Lymphorma dan ayah saya hampir2 terkena strok yg teruk selepas masuk hospital kerana Bp mencecah 200 lebih. Apa yang boleh saya buat dalam keadaan saya makan gaji dan tidak pernah peduli apa itu insurans sebelum ini? Ayah saya sudah kehabisan simpanan KWSP (sepatutnya sudah bersara tapi terpaksa bekerja). Ibu saya surirumah. Betapa saya sangat menyesal kerana jika mereka ada mengambil pelan persaraan dan medical card sebelum ini, pasti bebanan kami sangat ringan. Oleh sebab itulah saya sekarang bersama dengan Prudential kerana bagi saya, melalui cara ini, saya boleh memberi kesedaran kepada orang diluar sana betapa pentingnya insurans.

*bersambung..