Followers

Wednesday 6 November 2013

How do i look? Part 1

Oleh kerana belum rasa mengantuk, aku nak catat sesuatu dulu. ianya berkenaan dengan pakaian untuk bekerja.

pakaian untuk keje (office attire) terutamanya sgt2 penting bagi aku. tetapi aku selalunya tak pandai nak pilih baju yang sesuai.

mulai saat ini berazam nak kuruskan badan lagi. wish me luck k.

good nite!


Hari ni jiwa raga aku seolah-olah sangat letih. Letih berfikir, berfikir dan berfikir. Semoga Tuhan permudahkan segala rencanaku...Jiwa kosong, Hidup ni macam tak ade yang indah. Tekanan...pengorbanan...harapan...

Bulan November menjanjikan aku tugas yang sangat banyak. Pada masa sama masih berfikir dengan seribu satu macam masalah. Mereka bersarang di dalam kepala, menjadi virus kepada kemurungan aku. Tuhan, aku tidak mampu hadapi semua ini. 


Aku perlukan hiburan, bergelak sakan, buat semua perkara dengan gila2 bersama kawan2 yg gila2...rindu sangat moment tu..Aku rindu dgn kawan2 lame..semua memori tu buat aku jadi sedih. Sedih sgt2....

Sekarang kehidupan aku hanya penuh dengan tekanan. Entahlah kenapa? Aku takde kawan nak luahkan. Yang betul2 seorang kawan. Aku rase aku sendiri pun bukan kawan aku. Semuanye bercelaru. Aku pemarah...aku pelupe...aku tidak sempurna....

Ada beberapa sebab mengapa. Kadang2 aku terfikir juga. Bukan kerana keinginan melampau tetapi mungkin pengharapan yang tidak tertunai atau tidak termakbul. Aku tahu apa yang aku mahukan untuk hidup. Aku terlalu jauh berimaginasi kerana itu adalah matlamat dan tanpa matlamat manusia tak ada gunanya hidup. 

ok fine, jika harapan itu memberikan tekanan dan melibatkan pengorbanan yang tidak bisa menunaikan harapan. Tetapi kenapa kita harus menjadikan hal itu sangat rumit? Melepaskan insan yang ingin mengikut takdir ke jalan harapan yang lebih terjamin itu sesuatu yang lebih baik dari memberikan tekanan melalui pengorbanan diri yang tidak memberikan apa2 harapan untuk masa depan. hmmm...tak susah kan? Tetapi pada zahirnya, ia sangat2 memberikan tekanan.

Kadang2 keadaan meletakkan kita pada satu tahap yg berbeza. Ianya umpama roda. Penyesalan juga ada kitarannya. Manusia semua sama, akan melalui pahit manisnya. Cuma masih ada persoalannya yang belum terjawap. Aku masih mencari silapnya diri aku...aku perlu kedamaian dan kemerdekaan dalam erti kata sebenar. Tuhan pasti mendengar....Amen.