Followers

Sunday 8 September 2013

Mana satu pilihan anda?

Lama sangat dah tak jenguk blog..sibuk sangat dengan pekerjaan. Melakukan 2 pekerjaan yang berbeza pada masa sama. Aku selalu nak lakukan benda2 yg luar biasa tapi tak pernah dapat. Mungkin time management aku sangat2 tak betul..kadang2 terfikir nak upah pembantu tapi gaji sendiri cukup2 makan je mcm mana nak gaji pembantu..Minyak petrol plak dah naik 20 sen. Tambahan lagi, kitorang baru pindah rumah sewa yang mana lagi jauh dari tempat keje..Dugaan...

Nak buat 2 kerje dlm satu masa memang sangat mencabar. Aku bukannya berkaliber sangat pun. Mesti tak dapat fokus dengan satu keje kalau buat satu lagi keje lain. Tapi nak buat macam mana kan? Zaman sekarang kene rajin cari duit lebih...

Kehidupan sebagai seorang pembantu tadbir taklah mencabar sangat tapi amat sakit kalau sorang2 buat keje yang banyak. Itulah masalah aku sekarang. Gaji ciput tapi keje banyak, tak macam orang lain, gaji banyak tapi keje ciput. tak adil sangat tau..

Kehidupan sebagai seorang ejen insurans pulak sangat mencabar tetapi kepuasan tu lebih tinggi. Kalau hari2 rajin, hari2 naik gaji disamping tolong orang. Kesedaran tentang kebaikkan insurans tu yang penting. Syukur sangat sbb dah dapat ambik plan medical insurans untuk diri sendiri walaupun agak lambat. Yang penting sekarang, aku sudah ada perlindungan. Anak aku pun sudah. Menabung RM4.00 sehari amat berbaloi untuk masa depan yang lebih terjamin..syukur sangat2 sbb dapat beli insurans. Turut bersimpati kepada ramai yang diluar sana tidak diluluskan permohonannya untuk mengambil ape2 jenis plan insurans kerana faktor kesihatan yang sedia ada. Tu lah, orang cakap, beli insuran hendaklah ketika kita dalam keadaan sihat walafiat tetapi bukannya sesudah sakit. Kalau sudah sakit memang tak boleh dah. Tapi sesudah sakit tu lah ramai yang sedar betapa pentingnya medical insurans. Maaflah, sudah terlambat pada masa tu...mana2 syarikat insurans pun tak kan layan..paling2 pun hanya boleh ambik life insurans sahaja, yakni ketika berlakunya kematian, pewaris yang akan menikmati kemewahan. Lainlah kalau amik medical insurans, si yang di insuranskan akan dapat menikmati 'benefit2' yang diberikan ketika masih hidup...

Berubahlah sebelum terlambat. Jika anda fikir, dengan membeli insurans adalah sangat membebankan dan tidak menguntungkan, berfikirlah semula.Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. saving biasa vs saving plus protection. Mana satu pilihan anda. Kalau Saving plus Protection, Prudential lah jawabnya...

fikir-fikirkanlah...