Followers

Wednesday 22 January 2014

Masalah selesai namun perjuangan tetap diteruskan

Petang semalam aku pergi bengkel kereta dan owner tu cakap kereta tu kalau nak repair kos dalam lebih kurang RM1,300.00

Aku bawa balik kereta tu sebab masalah kewangan. Tak sedia lagi nak keluarkan duit sebanyak tu. Kalau ada pun mungkin tak cukup...

Pagi tadi aku datang balik ke bengkel tu. Aku memohon supaye dapat bayar 2 kali. Syukurlah owner tu setuju...

Masalah selesai. Lepas ni doakan semoga aku dimurahkan rezeki yea..Nak kene cover balik simpanan...

Tuesday 21 January 2014

Kereta punya pasal

Selamat petang. Hari ini merupakan hari yang sangat merangsang emosi aku. Adakalanya segalanya berjalan dengan lancar tetapi adakalanya hidup bagai di dalam api neraka (perumpamaan)

Kereta aku rosak. Kerja aku banyak. Aku nak cepat tapi akhirnya aku kecewa dan mengambil keputusan untuk bertindak sendiri dengan menghantar kereta itu sendiri ke bengkel. Aku tidak mahu mendesak sesiapa lagi dalam hal begini. Selagi aku mampu berdikari, aku berdikari.

Aku nak pergi LHDN sebab haritu aku tersalah update BR1M, tak ter-update. Aku nak pergi Prudential office submit claim klien dan submit borang pemotongan melalui akaun; itupun aku tak terbuat lagi. Aku nak pergi pejabat pos, kirim buku polisi klien yang berada di Miri pun tak terkirim lagi. Nak pergi withdraw duit bayar premium insurans adik aku pun tak terwithdraw lagi. Aku nak pergi giacomo ambik barang yang kawan order, tak terambil...Apatah lagi nak gi training dan meeting balik pkl7-8 malam pun tak terkabil  nak buat. Semuanya kerana kereta rosak..Simple je sebab die...




Wednesday 15 January 2014

Bersyukur terima kasih Tuhan!

Beberapa bulan yang lepas, satu kejadian pelik telah berlaku di dalam rumah yang kami sekeluarga menyewa sekarang. Anak aku terlihat kelibat seorang budak kecil di dalam bilik tidur utama pada waktu pagi, dimana kami anak beranak tidur. Anak aku memberitahu kami yang dia ternampak sesuatu tetapi amat sukar untuk kami percaya kerana dia hanyalah seorang kanak2 biasa yang berumur 5 tahun.

Pada bulan lepas, iaitu beberapa bulan selepas kejadian itu, adik aku (darjah 5) pula terlihat kelibat seorang budak kecil berlari dari ruang tamu menuju ke bilik mandi dengan memakai baju tidur bewarna biru sekitar pukul 10.00 malam di tingkat bawah. Dia menyangkakan anak aku tetapi bila dia melihat baju yang dipakai oleh anak aku lain, dia tahu itu bukan manusia lalu keesokan harinya dia menceritakan hal itu, namun semua orang kurang percaya juga..

Aku akhirnya mengalah bermain dengan emosi. Aku percaya pasti ada sesuatu yang tak kena dalam rumah aku. Pernah juga aku dan suami cuba mendapatkan khidmat orang untuk melihat keadaan rumah itu, dan mereka mengesahkan bahawa ada toyol di dalam rumah itu. Sehinggalah pada suatu hari aku menceritakan kisah tersebut kepada kawan2 dengan harapan agar ada yang dapat membantu. Ramai kawan2 menasihati agar house prayer dilakukan dengan segera bagi tujuan menghalau makhluk tersebut dari rumah.

Kami berpindah ke rumah itu pada malam 31 Ogos 2013 dengan kadar sewa RM450.00 sebulan. Boleh dikatakan amat murah kerana rumah tersebut adalah rumah dua tingkat dengan 4 bilik tidur. Tuan rumah tersebut bebangsa Iban dan merupakan seorang guru. Isterinya juga seorang guru. Mereka berpindah dari rumah itu kerana telah membeli sebuah lagi rumah dan tidak berhasrat untuk menjual rumah tersebut kepada sesiapa. Sebelum ini, pernah ada beberapa student menyewa di situ tetapi selepas itu, iaitu sebelum kami masuk, rumah itu kosong dan tidak terurus.

Cerita yang ingin aku kongsikan disini adalah berita yang sangat mengejutkan aku. Luar daripada apa yang aku sangkakan selama ini. Jika hanya dengan kehadiran toyol dirumah itu, mungkin ketakutan yang dirasakan tidak sehebat ini, tetapi bila diberitahu bahawa tapak rumah itu asalnya adalah tapak perkuburan lama, aku terkejut dan sangat takut. Bagaimana kami boleh tahu semua kehadiran makhluk halus itu??

Pada minggu lepas, aku bercerita kepada beberapa orang kawan bahawa anak aku terlihat budak kecil di dalam rumah. Lalu seorang kawan menyuruh aku berjumpa dengan anak kakaknya yang berumur 12 tahun kerana menurutnya, budak itu, Izack, boleh membantu. Bila pertama kali kawan aku mengatakan begitu, aku setuju tetapi masih ragu2 kerana aku tidak pernah mendengar atau melihat mana2 budak sebaya izack mampu melakukan tugas sebesar itu. Namun begitu, kawan aku beriya-riya menyuruh aku mencuba. Selepas mendengar cerita darinya tentang izack, lalu aku pun setuju. Perjumpaan diatur di rumah kami.

Semalam, aku menyediakan apa yang patut untuk melakukan house prayer. Sebelum ini kami asyik menangguhkan untuk melakukan house prayer. Izack datang bersama 6 orang ahli keluarganya yang terdiri dari ibu dan ayahnya, adik beradiknya serta uncle dan auntynya..Setelah bersalam-salaman, izack terus melakukan doa sendirian. Aku percaya dia melakukan '3 oclock prayer' yang sering dilakukan oleh kristian Katolik. Selepas berdoa dan melakukan apa yang patut, izack bersama salah seorang ahli keluarga iaitu mak mertua aku naik ke tingkat atas untuk melihat dimana benda itu berada. Bilik pertama, iaitu bilik kosong puji Tuhan tidak ada apa disana. Tetapi apabila masuk ke bilik utama, iaitu bilik tidur kami anak beranak dulu (yg dikosongkan selepas kejadian itu) izack mengangkat tangannya tinggi sambil melakukan sesuatu tanpa bercakap. Menurut mak mertua, agak lama juga mereka berada di depan pintu bilik tersebut sebelum beralih ke bilik mak mertua yang berada di sebelah. Puji Tuhan, tidak ada apa berlaku di bilik mak mertua.

Selepas itu, mereka turun ke tingkat bawah lalu menuju ke bilik terakhir, dan puji Tuhan sekali lagi tidak ada apa yang berlaku disana. Tetapi apabila mereka beralih ke belakang rumah, Izack sekali lagi tercegat mengadap cermin yang retak yang sebelum ini diletakkan disitu oleh suami aku ketika kami membersihkan belakang rumah. Cermin itu aku beli untuk digantung di dalam bilik tetapi terjatuh lalu pecah. Entah kenapa, aku pun tak tahu kenapa suami aku letakkan disitu. Kenapa Izack berkelakuan pelik ketika berada di bilik utama di tingkat atas dan di belakang rumah mengadap cermin??

Selepas selesai melihat keadaan rumah, Izack terus memulakan house prayer dengan diiringi semua yang ada di dalam rumah. Kami dilarang duduk menghalang laluan keluar dari rumah itu kerana menurut izack, ia kerana untuk memberi laluan kepada 'mereka' keluar dari rumah itu. Setelah agak lama berdoa dan terus berdoa, izack meminta ayah dan uncle nya menabur garam dan air bunga disekitar dan setiam pelosok rumah sambil itu doa diteruskan...kami berdoa...berdoa..dan terus berdoa..Aku masih menggigil. Di dalam hati aku, aku tidak boleh melihat 'mereka' kerana aku tidak cukup kuat. Lantas selepas house prayer itu selesai, aku bertanya kepada izack jika benar ada sesuatu di rumah itu. 

Izack bercerita, " semasa saya naik ketingkat atas, iaitu bilik tidur utama, saya melihat seorang perempuan sedang berpegangan tangan dengan anaknya yang saya percaya perempuan itu memang sudah lama dirumah ini kerana kuburnya terletak disini dulu (sambil menunjukkan lokasi). Anak perempuan itu, setelah kematiannya, rohnya tidak tenteram lalu rohnya dipuja oleh orang lain (aku kurang ingat kisahnya) lalu mereka mendiami rumah itu. Selepas itu saya turun kebawah, apabila saya melihat kearah cermin yang berada di belakang rumah itu saya melihat toyol. Toyol itu asalnya dari belaan seseorang tetapi tuannya tidak tahan lalu ia dibuang. Toyol itu dibuang lalu keluar melalui cermin tersebut. Kenapa kakak tidak buang saja cermin itu dulu?

Aku tersentak. Aku terkejut dan perasaan aku bercampur baur.

"Bagaimana sekarang, adakah mereka masih berada dirumah ini?, dengan lantas aku bertanya lagi.

Izack menjawab dengan tenang, "mereka sudah meninggalkan rumah ini..."

"Adakah mereka akan kembali lagi kesini. Bekas kuburnya kan masih disini..??" aku sambung bertanya...

"Mereka tidak akan kembali lagi kerana rumah ini. Selalulah berdoa kepada Tuhan...." jawab Izack.

Syukurlah, kami lega mendengarkan jawapan dari Izack. Izack amat tenang sepanjang melakukan house prayer. Aku amat bersyukur dan aku percaya Izack punya 'gifted' dari Tuhan. Dia melakukan semuanya bersama Tuhan. Thank you Izack! Thank you Lord!


#Ini merupakan pengalam pertama yang aku alami sendiri. Walaupun aku tidak dapat melihat apa yang Izack lihat tapi aku cuba percaya dan aku sedangkan yakinkan diri untuk percaya dengan apa yang kami sudah lalui. Apapun alasanya aku percaya Tuhan, kuasa rohnya serta Izack. Aku percaya sekarang...Thank you Lord! Thank you Jesus!