Followers

Wednesday 30 November 2011

MALU


Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?".


Si mamat menjawab ringkas, "KL"

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah."

Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???" Beliau meneruskan
perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?"

Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?" Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana
tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.
Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.

Facebook

Wednesday 23 November 2011

TERIMA KASIH

Shalom kepada yang sudi membaca blog saya yang kerdil ini.

Terima kasih juga kerana ada yang telah sudi memberikan pendapat walaupun saya tidak mengenali anda. Mohon maaf juga kepada mana-mana pihak kalau ada yang tidak setuju dengan artikel serta cara penyampaian saya. Saya sekadar ingin berkongsi pendapat dan sedikit info.

Tidak terniat di hati saya untuk mengaibkan mana-mana pihak malah saya memuji. Cuma mungkin saya bersalah kerana mengambil gambar tanpa meminta izin dari tuan punya badan. Sekali lagi saya minta maaf kalau ada yang tidak menyenanginya.

mungkin tidak akan ada lagi artikel saya buat mengenai 'orang itu' lagi...saya tak rugi apa2 pun...tapi pelik juga kenapa simpan gambar dalam facebook kalau tak nak orang kongsi??

Walau tak tinggal komen pun saya tahu dia tak senang dan gambar itu tidak ada lagi dalam facebook 'dia'..atau mungkin saya sorang yang tak boleh nampak...haha...lucu banget deh...

Tuesday 22 November 2011

25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita


1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Terasa pelik bila seorang perempuan itu tidak tahu memasak, Gerrard pun tahu masak tau ^_^v. Memasak menunjukkan minat anda terhadap si dia dan dia bangga dengan usaha anda.

25. Berpendidikan. Bukan bererti perlu mempunyai segulung ijazah dari mana-mana universiti tetapi cukup menonjolkan sikap rasional dan berfikiran positif bersama pasangan anda.Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah..

info

Perempuan Akan Merajuk Bila..


1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh mereka dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar dan terpaksa pulang lewat.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan mereka garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan mereka di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak mereka apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan.

20. Tidak suka menemani mereka membeli belah

21. Tidak suka membelai mesra mereka pada saat mereka memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa seperti kenaikan pangkat dan sebagainya.

Sumber

PEMBURU KEPALA CARI MANGSA DI LIMBANG??


LIMBANG: Pemburu kepala kembali menagih korban! Itu cerita lisan yang cukup menggerunkan dan kini menghantui orang ramai khusus-nya kanak-kanak sekolah, kononnya pemburu kepala sedang giat memburu’ mangsanya ketika musim cuti sekolah ini.

Walaupun setakat ini tidak ada bukti yang menyokong kewujudannya, cerita yang agak menyeramkan serta menaikkan bulu roma itu semakin rancak dibualkan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malah menjadi perbincangan hangat bagi penduduk Limbang.

Pemburu kepala manusia atau dikenali ‘pengait’, kononnya menyasarkan mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak untuk disimpan pada lubang tiang sesebuah jambatan bagi menguatkan struktur pembinaannya.

Difahamkan, proses tersebut dilakukan oleh pawang tertentu supaya jambatan berkenaan lebih kukuh dan tahan lama.Kepala berkenaan kononnya untuk santapan bagi membayar ‘ganti rugi’ kepada penunggu yang mendiami kawasan pembangunan ter-utama sekali jambatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Da-erah Pemangku Superintenden Bukhori Saffai menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin tersebut. Beliau yang turut menerima panggilan telefon daripada orang ramai berhubung cerita itu menafi-kan sekeras-kerasnya kewujudan pengait yang menyasarkan kanak-kanak untuk dijadikan mangsa.

“Pembinaan sesuatu jambatan bukan dibuat menggunakan ke-mahiran pawang tetapi melalui jurutera yang terlatih dan pakar.

“Jangan dengar benda-benda karut ini yang kononnya pengait sedang mencari mangsa untuk digunakan bagi menguatkan dan me-ngukuhkan strukt­ur sesebuah jambatan,” katanya semalam.

Bukhori berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika diminta mengulas berhubung isu pengait yang hangat diperkatakan penduduk Limbang sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan orang ramai.
Katanya, ada pihak sengaja memperbesar-besarkan cerita ini ketika musim cuti sekolah supaya kanak-kanak tidak merayau di luar rumah.

“Mungkin ada hikmahnya di sebalik cerita ini supaya budak-budak tidak keluar rumah ketika musim cuti sekolah.

“Namun apa yang penting ialah ibu bapa harus lebih waspada supaya anak-anak mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah dan dipergunakan pihak-pihak tertentu,” tegasnya.

Bukhori menambah, tiada laporan diterima mengenai isu terbabit setakat ini namun beliau menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan anak-anak mereka.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo mendapati cerita pengait mula heboh diperkatakan sejak pembinaan Jambatan Pandaruan dan ia semakin hebat diperkatakan baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Sebelum ini, isu pengait pernah menghantui penduduk Limbang sekitar awal tahun 90-an ketika pembinaan Jambatan Batu Danau giat dijalankan.


Read more: http://www.theborneopost.com/2011/11/22/pemburu-kepala-cari-mangsa-di-limbang/#ixzz1eOqRlVVM

WASPADA 'MUSLIHAT' SYRIA


DI ATAS KERTAS, tidak banyak rahsia yang boleh 'dikorek' skuad bawah 21 tahun (B-21) kebangsaan mengenai kekuatan Syria pada aksi kedua Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Selain kontroversi yang membabitkan bekas jurulatih pasukan itu, Rui Almeida yang dilaporkan enggan menyambung kontrak gara-gara perselisihan faham dengan Persatuan Bola Sepak Syria sebelum ini, ranking pasukan itu juga sebenarnya jauh lebih baik daripada negara kita

Meskipun Syria menduduki tangga ke-106 manakala skuad negara di tangga ke-151, ia juga tidak boleh dijadikan ukuran kerana ranking FIFA hanya membabitkan pasukan kebangsaan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan senior bertemu ialah pada Disember dua tahun lepas menerusi satu aksi persahabatan di stadium yang sama apabila skuad kendalian Datuk K. Rajagobal menang besar 4-1.

Apa yang pasti, anak buah Ong Kim Swee harus melupakan faktor keletihan bagi mempamerkan aksi sebenar meskipun terpaksa bergegas pulang ke tanah air dengan menaiki kapal terbang khas sebaik tamat final Sukan SEA 2011 menentang Indonesia di Jakarta malam tadi.

Kekalahan 0-2 di Stadium Tosu, Jepun hasil jaringan Keigo Higashi dan Yamazaki Ryohei pada aksi pembuka tirai kumpulan, September lepas sudah tentu masih segar dalam ingatan peminat fanatik bola sepak tempatan yang pastinya mahu Harimau Muda kembali 'mengaum' di gelanggang sendiri malam esok.

'Misteri' sejauh mana keupayaan Syria juga masih menimbulkan teka-teki lantaran jurulatih baharunya, Imad Khankan dilihat kekal berahsia mengenai persiapan pasukan itu apabila mengakui mereka tidak berada di prestasi terbaik gara-gara dihantui masalah kecederaan pemain.

"Sejujurnya, kami telah 'mengintai' kekuatan pasukan Malaysia ketika mereka menentang Jepun sebelum ini dan kami menganggap perlawanan ini amat penting buat kami.

"Walaupun persiapan pasukan dilihat sedikit terjejas kerana dihantui kecederaan beberapa pemain utama, saya sentiasa percaya dengan kemampuan pemain saya di tengah padang," kata Khankan ketika ditemubual agensi berita tempatan Syria, Syrian Soccer.com.

Syria kini mengungguli Kumpulan C di depan Jepun hasil perbezaan jaringan apabila menewaskan satu lagi gergasi Asia Timur, Bahrain 3-1 dalam aksi pembukaan sebelum ini. Bahrain akan melayan kunjungan Jepun dalam satu lagi aksi kumpulan esok.

Aksi Kumpulan A pula dibarisi satu lagi gergasi Asia, Korea Selatan bersama Qatar, Arab Saudi dan Oman manakala Australia, Iraq, Uzbekistan dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula membuat perhitungan bagi aksi Kumpulan B.

Juara setiap kumpulan akan menempah slot automatik pada Sukan Olimpik 2012 di London manakala satu lagi tempat akan ditentukan menerusi perlawanan playoff menentang wakil dari Afrika.

Apa yang pasti, kelibat tonggak penyerang Syria, Mardek Mardkian yang berjaya meledak dua gol ketika bertemu Bahrain sebelum ini wajar dirantai habis-habisan oleh benteng pertahanan negara.

Kredibiliti perancang Syria, Mohammed Fares yang berjaya membantu kelabnya, Al Ittihad muncul juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun lepas juga tidak boleh dibiarkan bermaharajalela sebegitu sahaja jika pasukan negara berhasrat untuk menghidupkan semula sisa-sisa peluang mara ke London tahun depan.

Selepas Syria, Malaysia akan membuat perhitungan dengan Bahrain, juga di Stadium Nasional Bukit Jalil empat hari kemudian.

Sumber: Kosmo

REMAJA KETUA PENGGODAM DITANGKAP


WICKFORD, Britain - Polis menangkap seorang remaja di sini, England kerana disyaki menjadi ketua kumpulan penggodam antarabangsa, Lulz Security, yang bertanggungjawab melakukan serangan siber terhadap Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat (AS) dan Scotland Yard, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja tempatan berusia 19 tahun itu ditangkap dalam satu operasi bersama melibatkan polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) juga dari AS.

Suspek kini disoal siasat di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.

"Tangkapan ini susulan siasatan terhadap pencerobohan rangkaian komputer sebilangan organisasi perniagaan dan agensi perisikan oleh kumpulan penggodam sama (Lulz Security)," kata seorang jurucakap Scotland Yard.

Lulz Security mendakwa bertanggungjawab menceroboh sistem komputer beberapa organisasi utama termasuk Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Senat Amerika Syarikat (AS) dan CIA selain firma permainan video Nintendo dan Sony.

Dalam satu mesej di Internet pada Ahad lalu, kumpulan itu mengisytiharkan perang serta-merta dan berterusan terhadap kerajaan dan syarikat keselamatan komputer di serata dunia.

Lulz Security menggesa pengikutnya supaya menceroboh dan merosakkan laman web kerajaan dengan keutamaan untuk mencuri dan mendedahkan maklumat sulit kerajaan termasuk e-mel dan dokumen.

Sasaran utama kumpulan itu adalah bank dan organisasi utama yang lain.

Laman web Agensi Jenayah Organisasi Serius merupakan sasaran terkini kumpulan pengodam tersebut kelmarin.

Sumber: KOSMO

Monday 21 November 2011

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS INDONESIA 21 NOV 2011 SEA GAMES 2011


Debaran Perlawanan akhir Malaysia vs Indonesia akan menentukan pasukan manakah yang akan bergelar juara sekaligus membawa pulang pinggat emas untuk Malaysia pada sukan SEA kali yg ke-26. Keputusan penuh/semasa/terkini Malaysia vs Indonesia 21 Nov 2011 adalah seperti di bawah.


MALAYSIA VS INDONESIA
                                              5           -             4
                                         melalui sepakan penalti
                         MALAYSIA MENANG!!!!!!HOOORAY!!!!!!

http://www.rtm.gov.my/LiveStreamingTV1/



Sama-samalah kita mendoakan kejayaan Harimau Muda kita! Go Tigers!!

Saturday 19 November 2011

PANAS: Artis Iban Part 1

 Sekali lagi saya ingin berkongsi tentang artis tempatan kita yang saya rasakan sedang panas sekarang ini.

Carta No.1: Depha-Masterpiece


Penyanyi ini ada iras-iras Edry Hashim sebab memiliki rambut yang sama panjang tp Depha lagi hensem kot. Saya suka lagu [Nadai Benci] yang dibawakan olehnya dalam album Masterpiece-Merindang ke Bintang! [[Facebook Depha Masterpiece]]


Carta No.2 : Melissa Francis

Yes! Melisa Francis telah memulakan kariernya sekitar tahun 2004 bersama TV10. Beliau begitu dikenali kerana konsep album yang berlainan dengan penyanyi lain pada ketika itu. Sesuai dengan usianya yang masih muda. Kini, Melisa Francis baru sahaja keluar dengan Album terbaru [Berserara enggau Ai mata].
[[Fanpage Melissa Francis]]


Carta No.3: Lucy M

Lagu [Dendam enda Padam] telah mengangkat gadis gedit ini mendapat tempat dihati peminat musik tempatan. Memiliki vokal yg sungguh tinggi serta memiliki pakej yg sesuai untuk menjadi seorang penyanyi! Jom kita berjoget...
[[Facebook Lucy M]]


Sekian dulu untuk kali ini...lagi ramai artis pada entry yg akan datang..mengantuk ni...hehe...Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi! bye!

Thursday 17 November 2011

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS INDONESIA 17 NOVEMBER 2011 | KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS INDONESIA 17 NOVEMBER 2011



KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS INDONESIA 17 NOVEMBER 2011 | KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS INDONESIA 17 NOVEMBER 2011 | perlawanan bola sepak diantara Malaysia vs Indonesia hari ini akan dilangsungkan pada jam 0800 PM dari Stadium Gelora Bung Karno. Keputusan penuh Malaysia vs Indonesia 17 NOV 2011 adalah seperti di bawah.

MALAYSIA VS INDONESIA
1                -                 0
Stadium Gelora Bung Karno
08:00 PM




MALAYSIA MENANG!!!!



Wednesday 16 November 2011

18SX: Rahsia yg anda perlu tahu!





Amboi, laju je nak view...(~.^)

KECANTIKAN WANITA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah
kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan
dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya
dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah
berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah
senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan
bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri
dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir
rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang
menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang
dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Tuesday 15 November 2011

Awas! Jangan Sekali-kali Menyimpan Pisang dalam Peti Sejuk

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.



Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.



Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.



PMS:

Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mOOd kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Jadi jangan simpan pisang dalam peti sejuk,letak sahaja dekat luar dan sedia untuk dimakan.

Sumber: Facebook

Pengesanan Awal Barah Payudara Menyelamatkan Nyawa



Sejauh manakah keintiman anda dengan mahkota kewanitaan anda, payudara? Andai ditanya bilakah kali terakhir anda melakukan pemeriksaan sendiri payudara (BSE - breast self examination), agaknya, apakah jawapan anda? Lupa kerana sudah lama tidak melakukannya atau sememangnya anda tidak pernah ambil peduli?

Kajian mendapati, 2 daripada 3 wanita Malaysia tidak melakukan BSE walaupun menyedari kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita. Antara alasan popular yang seringkali disuarakan adalah kurang yakin, tidak tahu apa perlu dicari, takut menemui sesuatu tidak normal dan tidak kurang juga yang kurang selesa menyentuh payudara sendiri.

Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia, satu daripada 19 wanita tempatan mempunyai kebarangkalian menghidap kanser payudara. Ia paling biasa menyerang kaum Cina (1:14 wanita) diikuti India (1:15) dan Melayu (1:24). Sekalipun nisbah wanita Melayu yang paling kecil, ironinya, sering kali mereka adalah yang paling lambat didiagnosis. Antara 40 hingga 60 peratus pesakit yang datang berjumpa doktor telahpun melewati tahap 3 atau 4, di mana tidak banyak boleh dilakukan. Semakin lewat kanser dikesan, semakin tipis peluang pesakit untuk sembuh.

Pentingnya BSE

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah tentang konsep kesedaran payudara iaitu bagaimana untuk menjadi akrab dan mesra dengan keadaan serta kesihatan payudara sendiri. BSE memberikan sumbangan besar dalam membantu wanita menjalinkan hubungan rapat ini supaya mereka mengenali rupa bentuk dan rasa payudara apabila disentuh. Permulaan BSE sendiri setiap bulan pada peringkat awalnya bukan hanya bertujuan mencari ketulan tetapi lebih utama untuk mengenal bentuk, saiz serta tekstur normalnya.

Mengetahui apa yang normal (dan tidak normal) pada payudara anda umpama menekan suis antara kematian dan kehidupan. Jika anda kenal dan arif dengannya, bukan satu masalah bagi anda untuk mengesan sebarang perbezaan yang tidak ketara, tetapi mungkin serius. Perubahan-perubahan yang berlaku mungkin boleh dilihat dengan mata kasar atau mungkin hanya jelas selepas beberapa bulan. Ia mungkin satu tanda awal kepada sesuatu yang lain di bawah permukaan payudara.

Sekiranya anda telah biasa dengan rupa bentuk dan rasa sentuhan payudara sendiri, secara automatik mudah untuk mengetahui jika ada sesuatu yang tidak kena. Tanpa memori sentuhan daripada BSE berterusan setiap bulan, anda mungkin tidak akan perasan akan perbezaan kecil di peringkat awal. Sebarang perubahan hendaklah dibawa kepada perhatian doktor dengan segera.

Tanda-tanda yang perlu anda perhatikan :

- benjolan di payudara atau ketiak
- perubahan luarbiasa tekstur, bentuk dan saiz payudara
- kulit payudara bengkak, berkedut dan ke dalam
- puting susu tenggelam
- pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting
- kulit payudara berbintik seperti kulit limau

Usah takut dan panik sekiranya anda terjumpa ketulan kerana 9 daripada 10 benjolan yang ditemui tidak semestinya kanser. Sesetengah wanita berkecenderungan secara genetiknya untuk mewarisi benjolan pada payudara. Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua gumpalan dalam payudara kerana kemungkinan kanser tetap ada dan hanya doktor yang boleh mengesahkannya.

Harus diingat bahawa BSE tidak boleh menggantikan pemeriksaan payudara klinikal tahunan (apabila mencecah usia 30-an) dan penyaringan mamogram berkala (apabila mencapai umur 40-an), bergantung kepada individu dan sejarah keluarga. Walaupun pemeriksaan fizikal oleh doktor mahupun mamografi dapat memastikan kesihatan payudara anda, BSE tetap penting bagi mengesan perubahan awal sebelum pemeriksaan doktor yang berikutnya.

Anda sepatutnya memeriksa payudara sendiri sekali setiap bulan, dalam tempoh 3 hari selepas haid berakhir ataupun 7 hingga 10 hari selepas bermulanya haid, iaitu tempoh payudara paling kurang bengkak dan sakit. Jika anda telah menopaus, kedatangan haid tidak tetap atau telah menjalani pembedahan histerektomi (membuang rahim), periksalah payudara anda seelok-eloknya pada hari yang sama setiap bulan. Golongan lelaki juga tidak terkecuali kerana mereka juga berisiko menghidap kanser payudara.

[Sumber]

Monday 14 November 2011

BAYI HIDUP SEMULA SETELAH DIPELUK IBU SELAMA 2JAM


Sentuhan kulit ibu memberikan keajaiban kepada bayi prematur yang sudah dinyatakan meninggal. Seorang wanita membuktikan bagaimana bayinya yang sudah meninggal,hidup lagi setelah 2 jam dipeluknya.

Bayi Jamie Ogg lahir prematur dalam usia 27 minggu di sebuah hospital di Sydney. Bayi Jamie dilahirkan kembar dengan berat hanya 900 gram bersama adik kembarnya Emily. Namun bayi Emily selamat, sedangkan Jamie dinyatakan meninggal setelah doktor berjuang menyelamatkannya dan tidak ada tanda-tanda kehidupan setelah 20 minit.

Doktor kemudian membungkus bayi Jamie yang sudah tak bernyawa dengan selimut dan memberikan kepada ibunya Kate Ogg. Kate dan suaminya David Ogg begitu hancur menerima satu anak kembarnya meninggal. Oleh Kate, bayi Jamie yang sudah tak bernyawa diletakkan di dadanya sambil dipeluk. Selama 2 jam, Kate berbicara dengan bayi Jamie tentang keluarga dan apa yang akan dilakukan sepanjang hidupnya jika ada Jamie.

“Aku meletakkan dia di dada dengan kepalanya di lenganku dan terus memeluknya sambil bercakap. Dia tidak bergerak sama sekali,” kata Kate dalam wawancara dengan televisyen Channel 7 ‘s.

Pelukan Kate selama 2 jam tersebut ternyata memberikan keajaiban. Bayi Jamie mulai menunjukkan tanda-tanda kehidupan. “Nafas Jamie kadang termengah-mengah, tapi menurut doktor itu tindakan refleks,” kata Kate. Sesuatu yang mengejutkan pun terjadi. Bayi Jamie bergerak seperti terkejut dan nafasnya mula teratur. “Aku berfikir, ya Tuhan, apa yang terjadi, beberapa minit kemudian dia membuka matinya.

Dia menghulurkan tangannya dan meraih jari saya dan menggerakkan kepalanya,” tutur Kate. Doktor pun terkejut dan terus berkata tidak percaya dan mengatakan ini suatu keajaiban. Kate lalu memberikannya susu ibu perlahan-lahan. Doktor menduga tubuh hangat Kate bertindak seperti inkubator yang menjaga bayi dan merangsangnya tetap hangat.

David mengaku sangat beruntung mempunyai isteri yang kuat dan cerdas.“Dia seperti punya naluri yang kuat apa yang mesti dia lakukan. Jika Kate tidak memeluknya lama, mungkin Jamie tidak akan pernah berada di sini,” kata David. http://ulanweblog.com/2011/08/bayi-hidup-semula-setelah-dipeluk-ibu-selama-2jam/

Sunday 13 November 2011

Pasar Tamu Samarindah, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak.

Ulat matar/ulat Mulung/Tinduh

Ambal

Buah Uchung  & buah-buahan tempatan

Buah-buahan tempatan

Timun & sayuran

Buah kepayang

Upa Apong & sayuran tempatan


Kali ni saya saje2 nak share makanan kegemaran orang2 Sarawak. Bagi rakan2 yg berada di luar Kuching, kalau datang ke Kuching , jangan lupa singgah di Tamu Taman Samarindah, Kota Samarahan.[tidak jauh dari UNIMAS] Bermacam-macam lauk pauk yang jarang kita perolehi terdapat disini.

Ayam, ikan, sayur, kuih muih, buah-buahan, satay, roti canai, ikan terubuk masin & macam2 lagi ada. Macam-macam ada! (~.^)

Masa berniaga setiap petang...

Friday 11 November 2011

Hello people! perrgh! perasan ckp depan publik la pulok...

Hello people!..pergh! dah mcm cakap depan publik la pulok...hehe

Sebenarnya saya tak tau nak kongsi info pasal apa sekarang ni..tapi tetap nak update blog...seronok le tu..tapi banyak lagi saya perlu belajar...tengok le rumah saya ni, maklum le mcm baru pindah rumah je...perabot pun takde...Jiran pun belum nampak lubang hidung...huhu..

hmmm....(~.^) Jom layan lagu terbaru Wonder girls kat sini

Oh tedah: Lahir dlm lubang mangkuk tandas sedalam 4 meter!

Jepara – Seorang ibu di Jepara, Jawa Tengah telah melahirkan bayi ketika sedang buang air besar. Nanik Nur Azizah yang berasal dari daerah Mlonggo, Jepara tidak menyedari ketika itu bayi perempuannya turut keluar dan masuk ke lubang mangkuk tandas sedalam empat meter.
Kejadian yang menimpa bayi malang itu sangat dramatik. Hampir lima jam penduduk cuba mengorek tandas yang diperbuat daripada kayu itu. Ajaibnya bayi itu masih selamat serta terpaksa bermalam di dalam lubang tandas!.
Penduduk kemudiannya membawa bayi tersebut ke Unit rawatan rapi Hospital Kartini, Jepara. Jururawat kini sedang melakukan pemeriksaan secara intensif kerana sebelum ini bayi tersebut mengalami kesukaran untuk bernafas.
Peristiwa yang menimpa Nanik ini hingga kini masih menjadi tanda tanya dibenak fikiran penduduk Sinanggul. Selain bayi ajaib itu yang mampu bertahan hidup didalam lubang tandas sedalam 4 meter itu, Nanik juga tidak merasa telah melahirkan bayi walaupun bayinya memiliki berat badan lebih kurang tiga kilogram!. [Sumber]

NGERI: Akibat tidak menggunakan tandas dengan betul!

Tandas terbahagi kepada tandas duduk dan tandas mencangkung [guna istilah sendiri]..Pun ramai yang suka mencangkung di atas tandas duduk. Kan sepatutnya kene duduk tp ramai yg suka bertenggek.






Akibat mencangkung di tandas 'duduk', beginilah akibatnya.





Hentikan bertenggek di atas tandas duduk untuk keselamatan yang lebih terjamin..

Thursday 10 November 2011

Miranda Brooke - Hater

Fesyen Artis-Artis Dayak di Majlis Malam Anugerah!

Timothy & Betty


Stevenson


Hailey



Kumpulan Masterpiece




Artis Rosiana Urai [dress warna gold]



Dari kiri: Melisa Francis, Winnie Albert, Bolkiah & Rosiana Urai


Dari Kiri: Embat Lala, Dom Romeo & Jennifer Jack



Fesyen artis Dayak boleh tahan juga lah. Tapi yang paling penting, saya sukakan inisiatif mereka sbb kat Sarawak ni mana ada ramai yang nak sponsor baju2 ni semua. Tak macam artis tanahair di semenanjung Malaysia, mereka beruntung kerana banyak sponsor...cuba lihat fesyen artis-artis diluar Sarawak...jom!


Dari kiri: Datin Paduka Umie Aida, Yana & Liyana Jasmay


Ryzal & Tomok
Neelofa & Fasha Sandha

ok la, cukup la tu...tak larat nak masuk gambar banyak2 tapi bagi pendapat saya, fesyen oh fesyen semua sama. Cantik baju kalau tak pandai nak gayakan pun tak menjadi juga. Keyakinan diri penting untuk fesyen.

Apa pendapat korang pulak tentang fesyen artis tempatan kita? ok tak?

p/s: Harap lepas ni dapatlah saya jumpa gambar artis dayak yg diambil/dirakam oleh jurufoto yang profesional..hehe

Wednesday 9 November 2011

26th SEA Games Indonesia 2011 Jakarta-Palembang [11 - 22 November 2011]














Jangan lupa menonton Sukan Asia Tenggara [SEA Games] kali yang ke-26 untuk tahun 2011 di Jakarta - Palembang, Indonesia pada 11 - 22 November 2011.


Senarai Negara yang pernah menjadi Tuan Rumah Sukan Asia Tenggara.

Sukan
Asia Tenggara


Kuala Lumpur 1977 | Jakarta 1979 | Manila 1981 | Singapura 1983 | Bangkok 1985 | Jakarta 1987 | Kuala Lumpur 1989 | Manila 1991 | Singapura 1993 | Chiang Mai 1995 | Jakarta 1997 | Bandar Seri Begawan 1999 | Kuala Lumpur 2001 | Vietnam 2003 | Filipina 2005 | Nakhon Ratchasima 2007 | Vientiane 2009 | Indonesia 2011 | Singapura 2013 | Malaysia 2015 | Brunei 2017 | Filipina 2019 | Kemboja 2021 | Vietnam 2023



Kedudukan Malaysia pada Sukan Asia Tenggara pada tahun 2009


Kedudukan      Negara             Emas      Perak      Gangsa      Jumlah

        1            Thailand (THA)       84           80            95           259
        2            Vietnam (VIE)         81           71            57           209
        3            Indonesia (INA)      43           53            73           169
        4            Malaysia (MAS)   40           40            59            139
        5            Filipina (PHI)           37           34            49            120
        6            Singapura (SIN)       33           30             34            97
        7           Laos (LAO)             32           25             49           106
         8          Myanmar (MYA)      10           22             37           69
        9           Kemboja (CAM)       3            10             25            38
        10         Brunei (BRU)            1              1              8              10
        11        Timor-Leste (TLS)     0             0               3              3
                          Jumlah              364          366           489         1219



11 Negara, 5,000 atlet, 44 buah acara, 390 pingat emas, 9 hari. http://www.chiff.com




Hijau-Upacara pembukaan
Biru-Acara pertandingan
Kuning-Acara Akhir
Merah-Upacara penutupan

p/s: Seronok tengok Malaysia vs Thailand main bola. Malaysia leading group A manakala Thailand terkeluar.


Bola Sepak Sukan Asia Tenggara 9/11/11

FT Malaysia 2-1 Thailand
FT Myanmar 4-0 Brunei

UPDATE CLASSMATCH

Group A
1. Malaysia 1-1-0 (4)
2. Indonesia 1-0-0 (3)
3. Singapore 0-1-0 (1)
4. Thailand 1-0-1 (0)
5. Cambodia 0-0-1 (0)

Group B
1. Myanmar 2-1-0 (7)
2.Timor Leste 2-0-0 (6)
3. Vietnam 1-1-0 (4)
4. Laos 0-1-1 (1)
5. Brunei 0-1-2 (1)
6. Phillipines 0-0-2 (0)


Diharapkan bola sepak Malaysia berjaya membawa pulang pinggat emas!

Insaflah





















Gambar ini benar-benar meruntun jiwa saya yang kerdil ini. Hinggakan membuat saya insaf serta bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Lihatlah, keadaan mereka yang sungguh daif, pakaian serta tempat tinggal yang tidak terurus.

Entah makan, entahkan tidak si Ayah kerana hanya ingin melihat si anak kekenyangan dan gembira. Entah cuci, entahkan tidak pakaian mereka...potret ini sering mengingatkan saya kepada orang tua saya. Bukan kerana hidup susah yang pernah dirasai tetapi mengenangkan tanggungjawab orang tua untuk menyediakan sesuap nasi semenjak lahirnya saya kedunia ini. Terima kasih kepada kedua orang tua saya kerana telah membesarkan saya. Saya tidak pernah meminta untuk hidup mewah dari hasil titik peluh ayah dan ibu. Saya sudah cukup bahagia melihat kedua orang tua saya berada dalam keadaan yang sihat walafiat.

Saya harapkan, potret ini akan sentiasa terus mengingatkan saya kepada asal usul saya..

Akan tetapi, ada manusia di dunia ini sudah hidup agak senang, masih melengah-lengahkan apa yang patut untuk meneruskan hidup. Seolah-olah, hidup mereka tidak terurus dengan hutang kiri kanan biarpun hidup jauh lebih baik dari potret di atas. Kalau hutang kecil sukar untuk ditebus biarpun ringgit nya tersedia, apalagi kalau hutang yang menggunung? Bak menabung, sikit-sikit, lama-lama akan jadi bukit!
Ada orang hidupnya agak senang hanya pada luaran sahaja, tetapi isi rumah terabai!

Ada orang hidupnya agak susah tetapi mampu mengurus kewangan dengan betul kerana keutamaan diberi kepada keperluan asas.

Ada orang tidak mampu mengurus sendiri kewangan kerana ada orang lain yang 'lebih arif'sentiasa menguruskan untuknya.

Ada orang sanggup mengurus sendiri kewangannya walaupun kelam kabut, kerana tidak percaya orang lain menguruskan untuknya.


Sekian..

Penawar Stress Wanita adalah Bau Ketiak Lelaki























Ye ke? Kepada yang sudah berkahwin tu boleh la cuba di rumah ye...hehe...saya takut....takut pengsan...

Tuesday 8 November 2011

Artis Tempatan : Bumi Kenyalang






Kali ni saya ingin berkongsi tentang artis dan lagu tempatan kegemaran saya buat masa sekarang. Oh ya, perkembangan musik tempatan Sarawak sekarang semakin maju nampaknya. Tahniah saya ucapkan kepada artis2 dan komposer2 tempatan yang sudah bertungkus lumus membawakan perubahan terhadap konsep lagu atau album tempatan kita.

Ingin saya sebutkan disini, antara nama-nama artis iban yang saya rasakan amat berpotensi dalam karier mereka. Berikut adalah senarai artis yang baru sahaja keluar dengan album baru mereka disertakan dengan link video lagu melalui youtube :-




Penyanyi lain yang saya gemari juga ialah seperti berikut:-

Sebenarnya, ramai lagi artis tempatan yang berbakat serta mempunyai suara yang mantap, namun begitu peredaran zaman sudah meletakkan industri musik tempatan iban ke satu tahap yang lebih tinggi. Anak-anak muda di Negeri Sarawak khususnya inginkan pembaharuan dalam industri musik tempatan mereka. Tertubuhnya Anugerah Juara Rentak Ruai [AJARR] dan Dayak Artis Music Award [DAMA], industri musik tempatan yang pada satu ketika dulu hampir malap, telah berjaya menaikkan semangat serta mengiktiraf bakat serta usaha para artis untuk terus berjuang dalam musik mereka. Selepas itu, artis baru, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan!

Ramai yang tidak tahu sebenarnya artis tempatan Sarawak mempunyai kualiti sebaris dengan artis-artis tersohor di semenanjung Malaysia. Saya amat berharap agar suatu hari nanti ada dari kalangan artis tempatan menempa nama di persada seni tanahair kita dan tidak hanya popular di Sarawak sahaja..Sama-samalah kita menyokong artis tempatan kita!

Pesanan saya, sebagai menyokong industri seni tempatan, belilah VCD mereka yang ori. Jangan tutup periuk nasi mereka setelah mereka bersusah payah menyumbangkan sesuatu untuk industri musik tempatan kita..(~.^)

Monday 7 November 2011

Manusia ada akal tak nak guna

Gadis muda ini menyatakan rasa sebenarnya terhadap org Sarawak

tidak cukup bertwitter, di laman blog lagi nak maki-maki

Selamat petang sahabat-sahabatku sekalian tidak kira dimana korang berada sekarang ni. Ada benda baik saya ingin berkongsi dengan korang semua. Saya tidak faham sangat kenapa gadis yang bernama Schaza Zedane[Klik sini] ini begitu membenci orang-orang Sarawak. Bukan dengan niat saya untuk menimbulkan sentimen perkauman dengan orang-orang Semenanjung tetapi sekadar ingin berkongsi pendapat.

Bagi saya, gadis ini tidak menggunakan otak dia sepenuhnya semasa menulis laman blognya yang penuh dengan kata-kata makian terhadap orang-orang Sarawak dan ada juga disebut beberapa buah Negeri lain kecuali Selangor [tempat kelahirannya]. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...Berpunca dari kemalangan kecil yg melibatkan dirinya sebelum ini, beliau dengan lantang menuduh seluruh orang Sarawak sebagai komuniti yang tidak beretika. Itu adalah klimaks kepada jalan cerita gadis tersebut sepanjang berada di Sarawak kerana menuntut di UNIMAS.Mujurlah akhirnya, gadis tersebut memohon maaf dan mengakui kesilapannya sendiri.

Saya merasakan isu ini tidaklah seberat mana, namun begitu hati orang-orang Sarawak telah sedikit sebanyak terguris dengan perlakuan-perlakuan seperti ini. Jangan kita terlalu cepat menilai terhadap sesuatu. sebaik-baiknya kita seimbangkan dari semua segi. Dalam kes gadis ini, dia belum pun sampai sebulan berpijak di bumi Sarawak knp sampai begitu sekali pandangannya terhadap org-org Sarawak? Kejadian yang menimpa dia, bukan hanya berlaku di Sarawak sahaja malah berlaku dimana sahaja. Perangai manusia seribu satu macam. Ada dimana-mana.

Saya berani menyatakan saya tidak bersetuju dengan cara yang disampaikan oleh gadis tersebut kerana saya orang Sarawak dan pernah bekerja di semenanjung. Saya tidak melihat orang-orang semenanjung dengan pandangan yang negatif dan positif tapi saya MERASAKAN orang-orang semenanjung sama sahaja dengan orang-orang di Sarawak. Mereka seronok bergaul dengan saya semasa bekerja sampai boleh berkawan tidak hanya di tempat kerja. Mereka datang ke rumah saya dan tidak pernah timbul perbezaan diantara orang Semenanjung dan orang Sarawak. Cuma yang lucunya, kawan-kawan saya orang semenanjung selalu tanya saya, kenapa orang-orang Sarawak kebanyakkannya suka makeup tebal-tebal? Kenapa gadis2 Sarawak kebanyakkannya selalu berkahwin muda? Kenapa orang2 Sarawak cantik?

Apa yang paling penting sekali adalah, bukan kerana kita orang mana-mana tetapi bagaimana kita mewujudkan suatu pergaulan yang positif. Mesrakan diri kita dulu dengan orang lain. Jangan hanya menunggu orang lain terlebih dulu untuk memulakan sesuatu komunikasi. Jika kita berfikiran negatif, makanya tindakan kita akan turut negatif. Jangan biarkan tindakan kita dipengaruhi oleh orang lain. Mungkin gadis tersebut memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Sarawak kerana Sarawak kaya dengan budayanya. Saya cadangkan gadis tersebut menginap lebih lama di Sarawak. Itu sahaja.

Sama-sama meringankan beban

Tidak hanya memfokuskan kepada isu-isu politik semasa, saya lebih selesa menerapkan pelbagai isu semasa yang lain dalam ruangan saya.

Secara jujurnya, keutamaan bagi seorang wanita adalah untuk kecemerlangan diri dalam organisasi keluarga sendiri. Namun, disamping itu juga, adalah perlu untuk mengambil tahu akan sesuatu isu yang berlaku disekeliling kita. Kehidupan seharian kita juga bergantung dengan keadaan semasa. Maka atas sebab itu lah saya sudah mula menulis blog sendiri!

Antara isu yang menarik perhatian saya ialah kes pembuangan bayi terutamanya. Jujur saya katakan, saya tersangatlah sedih dengan kejadian seperti ini. Saya terbayang bagaimana saatnya saya melahirkan anak sendiri, dan bagaimana gembiranya saya melihat kelahiranya kedunia ini dengan cukup sifat. Dan saya percaya, ramai ibu-ibu di luar sana merasakan hal yang sama. Saya menyusukannya, memandikannya serta melelapkannya dengan penuh kasih sayang. Jauh sekali untuk bertindak kejam terhadap darah daging sendiri.

Namun, itu adalah kerana saya. Kerana saya punya keluarga yang saling menyokong dan sering memberi galakkan saat saya di dalam situasi yang tegang. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Perlu perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari orang-orang disekeliling. Perasaan kadang-kadang sukar untuk dimengertikan.Pendek kata, semasa mengandung, tidak boleh ada sebarang tekanan.

Maka dengan itu, saya simpulkan disini, kes pembuangan bayi ini mungkin dapat dibendung sekiranya kita yang berada disekeliling mereka yang bermasaalah ini tidak memberikan tekanan kepada mereka. Mungkin saya sukar untuk menjelaskan peranan kita sebagai masyarakat asing tetapi kalau kita adalah ibu atau bapa kepada mereka, kita sepatutnya memberikan lebih perhatian untuk mereka tetapi bukan dengan kekerasan. Benda sudah berlaku, bukan masanya untuk kita menuding jari kepada mereka. Sebaik-baiknya, kita harus memikirkan jalan yang terbaik untuk bayi yang tidak berdosa itu...Siapalah saya untuk menasihati ibu bapa diluar sana, tetapi sebagai seorang yang agak prihatin, saya saling mengingatkan diantara kita supaya tidak berlaku perkara yang lebih buruk di kemudian hari. Sama-sama kita fikirkan.