Followers

Friday 25 March 2011

Pembangunan di Sarawak terbantut jika dikuasai PR

Posted on March 25, 2011, Friday

MIRI: Pembangunan di Sarawak akan terbantut di bawah kuasa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang dibelenggu dengan pelbagai masalah dalaman serta orang asing yang tidak tahu menahu tentang keperluan yang diinginkan oleh rakyat pribumi negeri ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed memberitahu, masalah tersebut membuktikan PR tidak memiliki keupayaan untuk menjana ekonomi Sarawak sekali gus menyatupadukan penduduk pelbagai kaum di negeri ini jika dibandingkan dengan kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita tidak mahu lihat Sarawak mundur. Mereka tidak mampu mengangkat martabat Sarawak,” tegasnya sambil meminta rakyat negeri ini untuk mengambil iktibar kemunduran yang dialami oleh negeri Kelantan di bawah pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Berucap menghadiri majlis makan tengahari bersama parti-parti komponen BN di sini semalam, Mustapa yang juga merupakan Pengerusi BN Kelantan memberitahu, Kelantan sekarang merupakan negeri termundur di Malaysia dan tidak mahu nasib serupa menimpa rakyat di negeri ini.

PR yang dianggotai oleh PAS, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mempunyai pemahaman dan corak kepimpinan yang sama sekaligus menyukarkan mereka untuk mentadbir negara ini sekiranya mereka berjaya menumbang kerajaan BN.

Mustapa menyifatkan PKR sebagai parti yang bermasalah, DAP adala parti yang suka membuat kacau dan suka menabur janji sementara PAS merupakan parti yang konservatif dan ekstremis.

“Pakatan Rakyat akan hanya membawa Sarawak ke belakang. Mereka hanya membawa kacau ke negeri ini,” tegasnya.

Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dibelenggu skandal video seks tidak sesuai untuk dilantik sebagai seorang pemimpin negara dan memberi contoh yang tidak baik kepada rakyat.

Malaysia yang mahu mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, memerlukan kerajaan yang berkaliber dan pemimpin yang berupaya membangun rakyat pelbagai kaum dengan menyeluruh.

“Kepada PKR, selesaikan dulu masalah anda sebelum anda datang ke Sarawak. Selesaikan dulu masalah pemimpin anda itu yang memang tidak layak untuk menjadi pemimpin,” tegasnya.


Share|

No comments:

Post a Comment