Followers

Monday 5 November 2012

Suatu hari di salon

Morning peeps!

Hari ni nak cerita sikit dengan korang. Sabtu lepas aku pergi salon sebab nak cuci rambut. Masatu lebih kurang pukul 8 malam. Salon banyak yang dah tutup nasib baik tinggal satu salon yang terletak di Tabuan Jaya, Kuching, Sarawak masih beroperasi.

Sebenarnya aku nak potong rambut sebab dah panjang sangat sampai ke paras pinggang. Tapi last2 aku berubah fikiran kerana tak nak menunggu lama di salon. Lagipun kesian dorang nak tutup kedai setelah penat  lelah bekerja seharian. So, aku naik ke tingkat 1, aku buka pintu salon, dan aku lihat hanya seorang wanita, seorang lelaki (rasanya tuan punya salon), seorang tua (pelanggan) dan 2 orang lelaki yang boleh tahan macho nya (mcm abang polis) berada di situ.

Secara tiba2 aku jadi malu dan gelabah bila dapat tau lelaki itu yang akan mencuci rambut aku. Rasa lucu pun ada, geli pun pun ada, hairan pun ada. hahahaha...

Bila lelaki itu memegang rambut aku, aku mula gelabah. "Boleh ke tidak dia ni cuci rambut aku, pandai ke tidak", kata hati kecil aku tapi pada masa sama aku jerit dalam hati, arrgghh...aku tak pernah lagi tengok jantan macho jadi pencuci rambut kat salon. Lucu sangat2 bagi aku, tapi alahai ternyata sangkaan aku meleset. Rupa-rupanya dia teror jugak.

Dari mula dia cuci rambut aku, tak cakap sepatah pun sampai muka pun aku tak pandang...aku cuma tengok tangan dia yg berotot tu sahaja ok :-D Lepas cuci, kemudian yang sorang lagi pulak ambik alih blow rambut aku aku. Tapi yang sorang ni ada kasar sikit. Hampir nak terbakar kulit kepala aku dibuatnya bila dia letak blower to terlalu dekat dengan kulit kepala aku..Tapi yang bodohnya aku ni, aku tahan saja kepanasan itu. cuba kalau yg buat mcm tu seorang perempuan aku akan tegur masa tu. Pelik betul perangai aku masatu kan..?

Bila dah selesai tu, aku bayar RM18 hengget kat kaunter dan terus blah. Sumpah, aku tak akan datang lagi salon tu..hahaha...malu..

No comments:

Post a Comment