Followers

Wednesday 19 December 2012

Checklist 2012


Tahun 2012 merupakan sebuah perjalanan yang agak singkat. Meniti hari-hari yang sangat mencabar dan penuh dengan dugaan membuatkan aku berada disini pada hari ini. Terima kasih tahun 2012 kerana semakin mematangkan aku.. :-)

Aku berusaha menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. Setiap yang aku lakukan sepanjang tahun 2012 itu adalah satu misi terindah yang tidak akan pernah aku lupakan. Misi yang terindah kerana perjalanan ke satu destinasi yang lebih baik. Namun, di setiap persimpangan masing-masing ada sebuah cerita yang terselit.

Aku tidak punya diari untuk mengabadikan setiap kenanganku kerana aku tidak yakin jika sekarang pun ada yang berusaha untuk membaca setiap bibit tulisanku disini. Walau dimana, kenapa dan siapa itu menjadi persoalan buat kalian juga.

hmmmm....aku masih lagi cuba untuk mengingat kembali apa yang sudah aku dapat untuk tahun 2012. Ya...aku seorang pelupa. Aku suka menjadi pelupa kerana ia lebih baik untuk tidak mengingat kepada kejadian yang lalu. Pelupa menjadikan aku seorang yang lebih berwawasan untuk mendapatkan apa sahaja impian aku didunia ini. Aku lupa la....aku ada impian ke untuk tahun 2012? ermm..tahun 2012 aku dapat kejayaan apa ya? Kalau ditanya yang paling manis tak pernah aku lupa sampai sekarang adalah kenangan tanggal 18.02.2008..ya itu pasti aku tak pernah lupa...sebab sekarang sudah 4 tahun lebih kenangan itu bersama aku; demikian juga untuk selama-lamanya...

Susah ke nak faham bahasa aku? Cakap berlapik sikit je...cuba fahamkan kalau nak tahu cerita. Ok la, asalnya aku nak share antara kejayaan-kejayaan aku mengejar impian aku pada tahun 2012.

Kalau nak cakap kejayaan besar tu memang takde la tapi....dari segi kesihatan, aku bersyukur kerana sepanjang tahun ni aku sihat sesangat. Tapi tak confirm 100% sbb tak pernah buat medical checkup. Dari segi kerjaya pulak, aku masih lagi bekerja di tempat yang sama semenjak tahun 2008. Gaji adala naik 10% - 12% diatas sikit dari kadar gaji minimum di Sarawak. Kerja banyak terutama di bahagian data entry. Aku bekerja keras untuk itu..tapi still lagi berpegang kepada prinsip work smart...hehehe

Time management aku agak berterabur...pengurusan yang tak berapa terurus sangat. Nampak gayanya, yang ni sangat penting untuk tahun 2013.

Banyak lagi impian lain dan diantaranya, nak baby sorang lagi...hehehe..sebenarnya impian ni sejak 2 tahun yang lepas lagi. Tapi tu la, Tuhan tahu apa yang sepatutnya. Kita merancang, Dia yang menentukan..

Apa lagi??.....Kewangan pula, kalau guna graft...pencapaian tu mungkin mendatar tapi kadang2 naik...kadang2 turun. Pun begitu ada masalah sikit dengan pengurusan. Aku bengong nak urus bukan sebab apa. Cedok sikit ke kanan, tak menjadi...cedok sikit kekiri pun tak menjadi...Nilai nya tu susah nak cedok2 sbb ciput....hehehe..tapi tahniah kepada diri saya sbb tak pernah lupa mak bapak...walaupun ciput janji ada...

pasal yang lain2 tu...takyah cita la kot..pendek kata, aku selalu inginkan yang terbaik. Bersyukur dengan apa yang ada. Tutup mata, tutup telinga dengan earphone, buka mp3 lagu remix/techno or whatever music yang boleh menceriakan. Tuhan tau segalanya...

that's all for today....




No comments:

Post a Comment