Followers

Tuesday 18 September 2012

Rencana Tuhan

Sesuatu telah berlaku di luar kotak fikiran aku. Sesekali aku termenung dan berfikir dengan sedalam-dalamnya mengenai masalah tersebut. Namun, semakin aku memikirnya, semakin aku emosi. Kalau dulu, aku selalu merunggut dengan nasib aku. Sekarang, kejadian ini sangat membuatkan jiwa aku tersentak. Saat ini, aku tidak dapat berfikir dengan betul.

Walau apa pun terjadi, aku terima ketentuan Tuhan. Namun, aku akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka. Bukan masanya untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana apa yang paling penting sekarang ialah diri mereka sendiri.

Saat ini, aku berada di pejabat untuk memohon cuti. Aku akan berangkat ke Sibu malam ini. Tidak tenang aku hanya menunggu disini. Semoga semuanya akan kembali pulih seperti dulu.

Friday 14 September 2012

Fesyen Artis Dayak 2012

Artis: Lucy M
Gown by MO Studio

Artis: Wendy
Gown by MO Studio

Artis: Melissa Francis
Sexy Black by MO Studio

Artis: Melissa Francis
By MO Studio

Mesti korang tertanya-tanya siapakah pemilik MO Studio kan? Sedikit latar belakang tentang si pemilik MO STUDIO yang saya tahu..2 orang sahabat berbangsa Iban dan berasal dari Sibu Sarawak. Klik Facebook pemilik MO Studio @ Facebook pemilik MO Studio untuk berkenalan dengan mereka. 


Selamat maju jaya kepada mereka berdua!

Credit photo: Mizta86 FB


Mimpi Seram

Hi korang! Selamat pagi..

Hari ni moody sikit sbb awal pagi dah serabut. Datang lambat kat office tapi nasib baik jalan tak jem. Kalau jem pagi2 mesti rasa tak best sampai ke petang sbb dah awal pagi marah2, kalau tak ada perkara best sepanjang hari tu mesti hidup boring sangat.

hari ni aku saje2 update entry yg personal sikit. Tak la personal sangat..hehe...yang peliknya, aku ni dah tua tapi perangai mengalahkan budak2..dah ada anak pun perangai kurang lebih dengan anak sendiri..tapi nak buat mcm mana kan, dah memang perangai aku.

nak dijadikan cerita, mlm tadi aku mimpi pelik tapi aku tak ingat mimpi apa. seram sangat sampai aku tersedar dari mimpi sebanyak 2 kali. Maksudnya, kali pertama aku sedar dari mimpi tapi sebenarnya aku masih dalam mimpi. Cuma aku ingat sikit2 masa ada seorang budak yg muka tak jelas dan aku tak tau menahu siapa, melompat-lompat ke arah aku yang sedang baring (posisi aku tidur). Aku nak bangun tp tak dapat sbb budak tu terus lompat2 ke arah aku. Pelik sangat2 bila aku sedar, aku terus fikir org dlm mimpi aku tu suami dan anak aku tapi aku tak pasti dan aku semakin pening nak fikir pasal mimpi tu.

Sebenarnya sangat menyeramkan tapi arrghhh...otak aku dah tak ingat apa2 pun pasal mimpi tu..tapi memang seram (perasan aku yg seram). Bila aku fikir2 balik, mungkin perasaan aku tu ada kena mengena dengan apa yang aku tengok kat youtube semalam. korang nak tau tak apa yang aku tengok kat youtube tu?

Secara tidak sengaja aku lihat ini:-

Tuesday 11 September 2012

Fasha Sandha hamil 3 bulan



Fasha Sandha yang kini hamil tiga bulan nampaknya sudah mula mengalami alahan orang mengandung.. Kongsi Fasha Sandha, dia tidak mengidam sebarang benda-benda pelik tetapi dia mula alah pada ubat gigi, Namun begitu Fasha terpaksa melawan diri daripada alahan tersebut kerana berasa kurang selesa jika tidak menggosok gigi setiap hari.

Dia juga mudah kepenatan dan memerlukan rehat walaupun mendapat tidur yang secukupnya dan atas alasan itu juga dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga kandungannya benar-benar stabil kelak.

Apa-apa pun semoga baby Fasha sihat ye...