Followers

Showing posts with label Dayak Artistes. Show all posts
Showing posts with label Dayak Artistes. Show all posts

Saturday, 21 January 2012

PANAS: Artis Iban Part 2

Lama dah tak sambung cerita artis Iban/Dayak di Sarawak. Kali ni, saya nak kongsi pasal 3 org lagi artis 'ngetop' di Sarawak. Rujuk panas-artis-iban Part 1

Carta No.4: Ricky Andrewson Ngalai



Ricky Andrewson ialah anak kepada Artis veteran yang sangat terkenal iaitu Andrewson Ngalai. Beliau baru sahaja keluar dengan album baru dan antara lagu barunya yang popular ialah [Engkerecam Cuka]. Sedikit latar belakang mengenai beliau iaitu beliau pernah berkahwin dengan Penyanyi wanita popular iaitu Melisa Francis namun rumahtangga mereka sudahpun berakhir. Pemenang vokal terbaik sebanyak 2 kali di anugerah AJARR [Anugerah Juara Rentak Ruai].


Carta No.5: Clemence Joy's



Clemence Joy's setakat ini sudah mempunyai 3 Album berkonsepkan Balada Rock. Album pertama ~ Nadai Penanggul, Album kedua ~ Entara Dua dan Album ketiga ~ Teguh. Seorang guru berasal dari sibu. Lagu beliau yang popular ialah [Entara Dua] yang mana lagu ini pernah memenangi Lagu Terbaik [Kategori Iban] di Anugerah DAMA [Dayak Artistes And Musicians Association]. Merupakan finalist AJARR 2010 di Kuching. Namun beliau pernah memenangi 'Most Popular Male Dayak Singer' & Most Popular Iban Song' di Anugerah DAMA tahun 2010! Mula bergiat aktif dalam industri ini sekitar tahun 2008. Beliau terkenal dengan sikap berani mencuba sesuatu yang baru serta amat menitik beratkan soal kualiti sesebuah albumnya.


Carta No.3: Winnie Albert


Winnie Albert merupakan 'Most Popular Dayak Singer' pada anugerah DAMA 2010. Terkenal dengan lirik2 lagu yang tajam dan pedas. Beliau juga merupakan juara AJARR 2009 menerusi lagu [Berperang dalam Petang]. Album pertama Winnie berjudul 'Sulu ngasa ke ati' pada tahun 1992. Beliau kini sudah 17 tahun bertapak di dalam industri tempatan dan kemantapan suaranya memang tidak dapat dipertikaikan lagi..


Sekian untuk kali ini, kalau ada masa saya akan sambung part 3 pulak ye..bye..



Saturday, 19 November 2011

PANAS: Artis Iban Part 1

 Sekali lagi saya ingin berkongsi tentang artis tempatan kita yang saya rasakan sedang panas sekarang ini.

Carta No.1: Depha-Masterpiece


Penyanyi ini ada iras-iras Edry Hashim sebab memiliki rambut yang sama panjang tp Depha lagi hensem kot. Saya suka lagu [Nadai Benci] yang dibawakan olehnya dalam album Masterpiece-Merindang ke Bintang! [[Facebook Depha Masterpiece]]


Carta No.2 : Melissa Francis

Yes! Melisa Francis telah memulakan kariernya sekitar tahun 2004 bersama TV10. Beliau begitu dikenali kerana konsep album yang berlainan dengan penyanyi lain pada ketika itu. Sesuai dengan usianya yang masih muda. Kini, Melisa Francis baru sahaja keluar dengan Album terbaru [Berserara enggau Ai mata].
[[Fanpage Melissa Francis]]


Carta No.3: Lucy M

Lagu [Dendam enda Padam] telah mengangkat gadis gedit ini mendapat tempat dihati peminat musik tempatan. Memiliki vokal yg sungguh tinggi serta memiliki pakej yg sesuai untuk menjadi seorang penyanyi! Jom kita berjoget...
[[Facebook Lucy M]]


Sekian dulu untuk kali ini...lagi ramai artis pada entry yg akan datang..mengantuk ni...hehe...Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi! bye!