Pada awal tahun ni kita telah melalui satu pengalaman pilihanraya Negeri yang cukup mencabar dalam sejarah. Walau pun demikian, BN terus gah dalam mempertahankan banyak kerusi daripada pihak pembangkang. Ini telah membuktikan bahawa, rakyat masih lagi percaya dengan kepimpinan kerajaan. Bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang yang mana rakyat sudah tidak yakin dengan Barisan Nasional.
Entry saya kali ini bukan untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, tetapi sekadar menyampaikan apa sahaja yang saya rasakan perlu. Kita tidak perlu cepat melatah dengan setiap tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan kita. Selama ini pun, kita sudah lama hidup dalam keadaan yang cukup aman dan damai jika dibandingkan dengan negara luar. Tetapi kenapa masih ramai yang tidak menyedari ini semua, malah lebih mementingkan akan hal yang boleh dikatakan boleh dibawa berbincang secara baik.
Kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk rakyatnya. Tetapi hakikatnya, baik pihak kerajaan sendiri maupun pihak pembangkang, mustahil untuk memimpin sesebuah negara tanpa ada cacat celanya.
Tidak lama lagi, maka tibalah pula untuk Pilihanraya Umum yang ke-13. Ramai yang meramalkan tarikh PRU ke-13 ialah pada 11/11/11 dan ramai pula yang meramalkan ianya akan diadakan pada awal tahun hadapan iaitu sebelum atau selepas tahun baru cina [2012]. Jadi, sama-sama kita tunggu dan lihat bilakah tarikh sebenar PRU ke-13. Tetapi yang pasti, kita harus bersedia untuk sama-sama turun mengundi. Jalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi untuk masa depan negara kita sendiri!
Followers
Sunday, 6 November 2011
Friday, 1 April 2011
DAP, PKR tukar kerusi Padungan, Batu Lintang
Dalam satu perkembangan mengejutkan, DAP dan PKR bersetuju untuk bertukar dua kerusi DUN yang dimenangi dalam pilihan raya negeri 2006.PKR dalam satu pengumuman lewat malam ini menyatakan bahawa parti itu akan menyerahkan kerusi Padungan kepada DAP manakala DAP pula akan menyerahkan kerusi Batu Lintang kepada PKR.
Kerusi Padungan sebelum ini dimenangi PKR (Dominique Ng) manakala kerusi Batu Lintang dimenangi DAP (Voon Li Shan) dalam pilihan raya Sarawak pada 2006.
Perkembangan ini mungkin akan menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan tidak akan diturunkan semula untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya negeri 16 April.
Kedua-duanya dianggap 'duri dalam daging' dalam parti masing-masing.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar yang dihadiri pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, ketua PKR Sabah Baru Bian dan pesuruhjaya PAS negeri, Adam Ahid.
Pertukaran kerusi tersebut merupakan satu kejutan besar kerana Padungan adalah kerusi pertama dan satu-satunya kerusi yang diwakili PKR di Malaysia Timur.
azlanTambahan pula, Ng yang merupakan bekas pemimpin DAP yang tidak sehaluan dengan parti itu pada 1990-an, mempunyai pengaruh kuat di Padungan.
Langkah itu berpotensi membawa risiko kepada DAP kerana Ng juga mempunyai sejarah bertanding sebagai calon Bebas dalam pertarungan tiga penjuru.
Voon, sebaliknya, dipercayai menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan DAP sekarang.
Beberapa pihaknya melihat langkah tersebut sebagai usaha DAP dan PKR untuk menyekat kerjaya politik Ng dan Voon.
Ketika dihubungi oleh Malaysiakini melalui pesanan teks, Ng berkata: "Saya merasa dikhianati."
Voon, ketika dihubungi berkata: "Saya tak tahu apa-apa. Saya sedang menonton perlawanan bolasepak."
Ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya negeri pada 16 April ini walaupun tidak dicalonkan oleh partinya, beliau berkata: "Anda sepatutnya tanya kepada pemimpin apa mereka nak buat dengan saya."
Ditanya sama ada beliau akan menimbang bertanding sebagai calon Bebas, Voon berkata: "Pada masa ini saya tak tahu apa-apa... biarlah mereka putuskan. Biarlah ia begitu.
"Saya tidak penting, rakyat lebih penting. Rakyat dan negara lebih penting daripada parti. Biarlah rakyat buat keputusan, kerana mereka akan tahu apa yang patut dibuat."
Tiga pemimpin Pakatan Sarawak itu juga mengesahkan PKR akan bertanding di sekurang-kurangnya 24 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing akan bertanding 15 dan lima kerusi.
Rundingan antara PKR dengan Parti Nasional Sarawak (SNAP) masih berterusan.
Senarai penuh calon Pakatan belum dipastikan.

Thursday, 31 March 2011
Muhyiddin yakin S'wak terus kekal bawah BN
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Sarawak akan terus kekal di bawah pentadbiran BN berdasarkan kepada rekod pencapaian pemimpin BN di negeri ini yang mendapat sokongan padu kerajaan Pusat.
Sambil berpuas hati dengan persiapan terperinci oleh BN Sarawak untuk menghadapi pilihan raya negeri pada 16 April depan, Muhyiddin berkata rakyat Sarawak memahami dan menilai pelbagai usaha yang baik untuk menjamin taraf serta keadaan hidup yang lebih sempurna.
"Yang penting kita meneruskan agenda pembangunan di Sarawak di bawah BN menerusi program transformasi dan akan mengambil kira bidang utama yang membolehkan kita mencapai sasaran yang diharapkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin komponen BN Sarawak serta anggota majlis tertinggi BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri dan Presiden PBB Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Masing dan Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan.
Muhyiddin, yang mendengar taklimat daripada kesemua pemimpin komponen BN berkenaan, gembira dengan 'mood' baik yang ditunjukkan oleh parti-parti komponen dalam menggerakkan jentera pilihan raya BN, yang dipimpin oleh Taib.
Dalam perbincangan tersebut, Muhyiddin berkata setiap parti komponen BN negeri telah mengemukakan senarai calon masing-masing, termasuk muka baru dan lama.
Bagaimanapun, calon BN hanya akan diumumkan selepas senarai terakhir diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum hari penamaan calon pada 6 April, katanya.
Dalam membantu jentera BN, beliau berkata, telah diputuskan bahawa program pemimpin dan menteri pusat yang turut terlibat diselaraskan menerusi bilik gerakan BN di Kuching dengan panduan BN negeri.
Beliau berkata BN tidak akan mengambil mudah pakatan pembangkang walaupun pembangkang dilaporkan menghadapi pelbagai masalah.
"Apapun kita tahu rakyat boleh menilai tentang BN, yang cukup mantap kerana kita tidak berhadapan dengan isu kepimpinan atau bergaduh mengenai kerusi," katanya.
Sambil itu, katanya komitmen pemimpin BN untuk bekerja sebagai satu pasukan adalah satu kelebihan dan cukup baik untuk memberi gambaran positif kepada rakyat.
"BN fokus kepada usaha dan tanggungjawab untuk membantu rakyat... berbeza dengan apa yang berlaku di pihak pembangkang," katanya.
Mengenai isu di kalangan masyarakat Cina di Sarawak, Muhyiddin berkata BN merupakan parti dan kerajaan yang adil, yang sentiasa menangani isu membabitkan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Bidayuh atau beragama Islam atau bukan Islam.
"Kami memberi pertimbangan kepada semua perkara ini dan ingin membantu semua kaum. Kami akan memastikan terdapat kesinambungan pertumbuhan dan peluang, mempermudahkan urusan perniagaan dan kami turut meneliti perkara berkaitan pendidikan," katanya.
Ketika ini, BN Sarawak menguasai 63 kerusi DUN, dengan DAP mewakili enam kerusi manakala PKR serta calon bebas masing-masing satu kerusi.
- Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)