Followers

Friday 22 March 2013

Cerita Jadi Org Cool

Lama tak update blog. Malas nak menaip kadang2. Kat office pun hari2 kene menaip. tu yang malas nak menaip entry post dalam blog.

Malam ni saje je nak update sbb ada cerita nak share ngan kawan-kawan. Antara peristiwa yang aku nak rekod kat sini mlm ni adalah seperti berikut:-

1. Awal pagi mak aku kol. Katenye, kereta bapak aku eksiden. Aku cool je dengar. Aku tak nak tambah pening kepala sbb kepala aku memang dah selalu sangat stress. Pada masa sama, aku tak nak mak aku tambah emosi kalau aku pun nak emosi. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak berbuat begitu. Dalam hati aku, aku anak sulung, aku harus bijak mengatasi segala masalah yang dialami oleh keluargaku walaupun aku jauh dari mereka. Puji Tuhan! akhirnya, bapak aku kol, segalanya sudah diatur dan boleh buat claim insurance repair kereta tu. Walaupun pada awalnya bapak aku buntu. Ada ke patut dia hantar repair kat kedai. Nasib baik polis datang ke rumah suruh buat report takut jadi kes langgar lari. Saman tetap saman RM300.00...

2. Esok mak aku akan jalani kemoterapi pusingan ke 4 di hospital sibu. Kereta dah masuk workshop. Nasib baik bapak aku boleh guna fasiliti pejabat. Aku harap mak aku tabah dan kuat kerana masih ada 2 pusingan lagi untuk jalani kemoterapi. Mak aku disahkan menghidap kanser limforma tahap 2. Aku sedih tapi pada masa sama aku amat mengagumi semangat mak aku dalam dia melawan penyakit ini. Dia tidak putus asa dan tidak patah semangat. Aku sangat-sangat bangga punya ibu seperti dia. Kemoterapi pertama & kedua, mak aku ditahan di hospital tetapi kemo pusingan ke 3 dia tidak ditahan di hospital. Mungkin itu satu petanda baik. Aku yakin mak aku akan sembuh seperti sedia kala. Aku juga tidak mau putus asa untuk menjaga dia. Aku belikan spirulina untuk membantu menambahkan sel darah putih dalam badan. Aku akan balik jenguk dia setiap kali dia menjalani kemoterapi di hospital sibu. Malah ada suatu ketika tu aku drive kereta sendiri balik semata-mata nak berada disisi dia semasa dia jalani kemo. Aku bagi semangat pada dia dan aku cuba yakinkan dia bahawa aku amat sayang pada mak aku..semoga mak aku sembuh dengan cepat. Mohon doa dari korang jugak ye..

3. Bulan ni aku banyak pakai duit. Ada org 'cokot' dengan aku. Takpelah, aku boleh cari duit sendiri..

4. Agak sibuk dan selalu travel/outstation...PRU13 dah semakin dekat...tapi tak tau bila. Urusan di pejabat masih banyak terbengkalai..kepala pun makin pusing..bnyak bende kena buat sampaikan tak tau nak buat yg mana satu dulu..

5. Kesihatan kurang memuaskan. sebulan demam on & off..tiba2 boleh kene gastrik, sakit2 badan, batuk, selsema dan luka pada salur pernafasan ke bawah kerongkong. Terpaksa jugak pegi ke klinik swasta sbb tak nak menunggu lama kalau pergi poliklinik. sekarang ni pun masih batuk...

Ngantuk nye..20 minit nak pukul 2 a.m.Selamat pagi! Bye!

No comments:

Post a Comment