Followers

Friday 22 March 2013

Yang tercipta untuk dimiliki...

"Jika sesuatu yang elok datang bertandang, jangan diusir kedatangannya. Sebaik-baiknya terimalah dengan hati terbuka."

Sekalipun dalam ikatan, talinya bisa terurai dengan sendiri. Wahai pada yang sudi bertamu, jangan digusarkan atau diragui. Sudah lama insan itu berdiri pada dahan yang sudah rapuh. Untung sekali dia tidak terjatuh. Jika simpati, turunkan dia dari dahan itu.

Cuba kamu bertanya kepada pokok dan unggas. Dia sendiri di hutan ini meskipun ada makhluk Tuhan yang menemani. Kan unggas? Tidakkah kamu percaya?

Kamu siramilah ia kerana bukan cuma padang gurun sahaja yang kegersangan. setitik air siraman itu bakal menguntum banyak bunga-bungaan. semakin kamu sirami ia, semakin ia berbunga dan mengeluarkan haruman yang semerbak. Bukan hanya kamu menikmati keharuman itu, malah seluruh alam merasakannya.

Jangan sesekali kamu lepaskan. Kamu pegang erat2. Kamu peluk dia kuat2. Kamu miliki dia seadanya...



yang tercipta untuk dimiliki.........with love...

No comments:

Post a Comment