Followers

Sunday 24 March 2013

Manifesto bakal isteri

 Selamat keudara sekali lagi.

Berjumpa kita pada petang ahad yang sungguh mulia ini. Sambil berehat, terfikir akan idea yang datang tanpa diundang. Mungkin boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja diluar sana. Saya hanya membantu walaupun sekadar memberikan contoh yang agak basis.

Nak mendirikan rumahtangga bukan sesuatu yang senang. Kene tau tanggungjawab. Kene tau pantang larang. Kene tau cabaran mendatang. Bukan tau buat anak saja ye..

Berikut adalah contoh basis manifesto yang saya maksudkan:-

Sebelum saya berkahwin dengan awak, inilah janji saya;

1. Akan selalu menyayangi awak dengan sepenuh hati saya.
2. Akan menjaga makan minum awak selamanya.
3. Akan selalu menghormati awak sebagai ketua keluarga yang berwibawa
4. Akan sentiasa jujur, taat dan setia kepada awak.
5. Akan sentiasa memastikan awak gembira bersama saya.

5 point yang paling umum. Tak payah bagitau pun semua sudah maklum itu dah memang tanggungjawab sebagai seorang isteri. Selepas ini ada lagi beberapa janji yang amat penting untuk dikongsikan. Tak ramai yang baru berkahwin berpandangan jauh seperti ini. Kadang-kadang, orang menyifatkan ia sebagai cabaran dalam hidup berumahtangga. Kita sebagai wanita harus fahami, selidik dan gunakan akal dalam menangani segala masalah yang bakal timbul.

Sebelum saya berkahwin dengan awak, inilah janji saya;

6. Keluarga mertua adalah keluarga saya juga
7. mencari rezeki bukan tanggungjawab awak seorang, melainkan awak tidak benarkan saya bekerja.
8. Segala aset yang hendak dibeli harus ada perbincangan bersama.
9. Walaupun saya bekerja, saya masih mau menuntut nafkah dari awak dan nilainya saya serahkan pada awak.
10. saya tidak melarang awak memberikan nafkah kepada ibu bapa awak. Begitu juga awak.
11. Sekiranya ada masalah, bincang berdua dahulu tetapi bukan dengan ahli keluarga masing2.
12. Kebajikan di rumah jadi keutamaan.
13. Tidak ada larangan keluar rumah asal tahu had.
14. menerima kekurangan masing2
15. awak boleh bantu tugasan saya dirumah jika saya memerlukan.

10 point yang lebih penting dari 5 point pertama. Ada lagi beberapa point penting tetapi mengikut keselesaan masing-masing. Kalian mungkin ada lebih banyak pengalaman. Kalau nak share, boleh komen kat bawah post ok..



1 comment:

  1. Terima kasih bersama Relaks Minda dan sudi menjadi sahabat, semoga ianya memberi sedikit manfaat buat anda. Teruskan bersama Relaks Minda...:)

    ReplyDelete