Followers

Friday 22 March 2013

Bilik Hotel Misteri

Selamat malam.

Salam persahabatan.

Malam ni nak cerita sebuah kisah seram yang diceritakan oleh rakan2 yang pernah mengalami pengalaman misteri di sebuah hotel di Sri Aman, Sarawak. Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi sebagai mengingatkan kepada korang semua, JANGAN paksa pihak hotel bagi anda bilik JIKA mereka tak nak bagi. Mungkin ada sebab mereka tak nak bagi.



Kisah pada satu malam yang sudah larut. Pada masa itu lebih kurang 10.30 mlm. Sekumpulan rakan2 datang ke hotel tersebut untuk menempah bilik. Pihak hotel memaklumkan bahawa tiada bilik kosong yang tinggal. Untuk makluman, semua hotel di Sri Aman pada masa itu, sudah penuh. Mereka tiada pilihan selain memaksa pihak hotel untuk memberikan mereka bilik. Biarpun cuma bilik kecil.

Setelah dipaksa, pihak hotel bersetuju untuk memberikan mereka satu bilik yang berada di tingkat 5 (tingkat paling atas). Mereka sangat gembira lalu naik ke tingkat 5. Ternyata bilik hotel tersebut sangat besar dan dianggarkan boleh muat untuk 10 org. Semasa naik ke tingkat 5, mereka melihat ramai orang berbaju melayu turun dari tingkat 5 seolah-olah balik dari sebuah majlis. Tetapi semuanya lelaki.

"oh..patutla bilik hotel penuh, ada orang buat parti rupanya,"kata seorang sahabat.

"kenapa pihak hotel kate tak ade bilik, sedangkan bilik ni sangat besar.." kata seorang sahabat lagi. Lalu yang lainnya hanya mengiakan sahaja.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi anak kucing. Mereka mencari-cari dari arah mana bunyi kucing tersebut namun setelah lama mencari, mereka hampa kerana tidak berjaya menemukan dari mana arah bunyi anak kuching tersebut.

Pada masa sama, seorang lagi sahabat memberitahu dia langsung tak dengar bunyi kucing sebaliknya dia terdengar bunyi orang berdengkur dengan kuat. (mungkin juga bunyi org merengus). Tetapi, kerana keletihan yang melampau, dia terus merebahkan diri di atas katil untuk tidur. Tiba-tiba dia merasakan seperti ada orang menghempaskan diri di sebelah dia. Dia merasakan katil berdenyut seketika. Dia tidak menghiraukannya kerana mata dia sangat mengantuk dan hanya sempat mengegur.

"Go away..." katanya dengan mata tertutup.

Sementara yang lainnya masing-masing bersedia untuk tidur... (bersambung)


No comments:

Post a Comment