Followers

Sunday 23 June 2013

Hari jadi yang ke-30

Selamat malam semua. Hari ini adalah hari jadi aku yang ke 30!

Pagi tadi aku bangun lambat sebab mlm tadi pegi rumah terbuka hari ngiling tikai di rumah bos besar aku. Bila bangun tidur tu aku rasa malas sebab badan aku rase letih sangat. Kemudian aku nak pegi ke bilik air tapi kaki  terasa sakit bila dipijak ke lantai. sakit yang teramat sangat. Namun aku gagahkan juga sbb nak terkencing. Takkan nak tahan jugak kan..

Tiba2 dapat kol dari seorang kawan rapat iaitu Pn. Priscilla. Ajak jumpe sebab ada barang die tertinggal kat dalam kete aku. So, lepas tu aku terus pegi mandi. Dalam keadaan kaki sakit tu, aku masih boleh drive kete sebab aku macam ada satu semngat yang luar biasa hari ini. 

Kami breakfast di J&J Kafeteria, Stutong. Kawan aku tu minat sangat dengan mee hun goreng (chinese style) kat kedai tu. So, kitorang order sorang satu. Bile sampai je mee hun goreng yang kite mintak tu, punye la kecewanya hati kami berdua kerana mee hun tu tak sama macam selalu yang kami makan sebelum ni. Mungkin tukang masak lain yg goreng mee tu kot. Kerana memang jenis yang bukan cerewet, aku dan kawan aku makan jer mee tu setakat yang termampu..huhu..(tak dpt mkn habis)

Lepas makan, kami jalan2 sekejap untuk beli barang di Tabuan Jaya. Kawan aku akan balik ke sarikei hari ini dan die nak beli barang2 sikit untuk anak2 die nanti.

Lepas aku jumpa dengan kawan aku tu, aku balik ke rumah. Tibe2 dapat kol dari my mom. Dalam hati aku berkata, "hmm..ni mesti nak wish birthday kat aku."

Rupa-rupanya mak aku bagitau yang ayah aku admit kat hospital kerana darah tinggi. Punye la terkejut aku bile mak bagitau darah tinggi ayah aku cecah 200 lebih. Betapa nyawa ayah dalam bahaya pada masa itu. Tapi syukurlah, dia kuat, mak aku tabah dan berjaya pujuk ayah untuk buat pemeriksaan di poliklinik. Mak aku pun bukan nya sihat. Die masih lagi dalam rawatan kemoterapi kerana kanser limphoma yang dihidapinya pada awal tahun ni.

So, ayah sekarang berehat di hospital. Aku saje tak nak kol die. cume bertanya khabar melalui mak. Mak kate darah tinggi ayah dah turun sikit petang tadi. Syukurlah...semoga ayah cepat sembuh. Tapi kerisauan tu masih ade lagi sebab my mom tak boleh selalu kena situasi mcm tu. Mak tak boleh terkejut, tak boleh rase letih, tak boleh kurang tidur dan tak boleh tak makan. Dua2 keadaan mak dan ayah merisaukan aku pada masa ini. Tapi, apalah daya aku. Aku tidak dapat pulang kerana esok aku bekerja dan ade masalah lain yang  buat aku hanya mampu berdoa buat mereka di sana. Tuhan pasti mendengar doa kami..

2 comments:

  1. Maaf...terlewat skit, selamat ulang tahun :)
    Semoga sihat dan di panjangkan usia. Mcmne keadaan ayahnya sekarang...semoga sihat hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Baiknye awk. hehe...

      Syukurlah sbb ayah saye dah keluar hospital pagi ni tapi masih dalam keadaan lemah. Maybe lepas ni nak ajak ayah buat medical checkup kat hospital swasta plk.

      Delete