Followers

Thursday 20 June 2013

#Random


Selamat pagi.

sepatutnya malam tadi aku nak update blog tapi kerana candy crush saga lebih penting buat masa ini so aku tangguhkan niat aku tu. (serius)

Lepas ni mungkin aku nak update seminggu sekali. Tapi tengok jugaklah kalau ade benda penting aku nak share, aku akan update terus. Facebook dah boring sangat sekarang ni sebab ramai manusia kat dalam dunia facebook suka sangat buat sindiran yang kurang menyenangkan. I bukan terasa cuma naik muak dengan ragam manusia kat situ. Buat masa sekarang kalau aku buka facebook untuk main game..dan yg lain2 tu aku buat ikut mood..layan wechat, line, kakao talk, whatsapp etc..lagi seronok kot.

Hari ni khamis 20 jun 2013. Birthday bapak aku. 3 hari lagi birthday aku pula. sehari selepas birthday aku, birthday anak buah aku. 3 org sambut birthday pada bulan Jun.. aku dah wish birthday untuk bapa aku tadi kat wall facebook die. ermm..die belum tengok lagi agaknye sbb tu belum ade reply.

oh ye, aku lupe nak share satu bende. sekarang aku dah buat part time jual insurans sbb nak tambah side income. Gaji sekarang sangat2 tak cukup untuk menampung kehidupan buat masa sekarang. Harga barang naik tapi gaji belum naik. mungkin akan naik tapi tak tau bile..aku dah keje 5 tahun kat sini, tapi gaji naik RM200. bagi korang ok tak? Tak kire la aku keje kat manapun aku tetap rasa tu tak cukup. Bersyukur je la jawabnye..sebab tu aku buat part time. Ade jugak kebaikannya, jual insurans ni aku tambah banyak ilmu pengetahuan. Kesedaran tu timbul dengan mendadak. Dalam hati aku, kenapa la aku lambat sangat bertemu jodoh dengan Prudential. Mungkin disebabkan tekanan atau desakan hidup yang membuatkan aku tergerak hati tuk buat bende ni. lagipun ejen insurans satu kerja yang mencabar. Aku sukekan cabaran tu.Tapi ade satu sebab yang kuat membuatkan aku sanggup buat keje ni.

Aku belajar dari kesilapan dan kelekaan. Mak aku adalah sebab kenapa aku berada di prudential sekarang. belum masanye aku nak sharing kat sini. Tunggu dalam tempoh setahun aku pasti berjaya. Aku nak bahagiakan semua orang yang sayang kat aku. ya, aku nak bahagiakan orang lain...bukan untuk diri sendiri...tetapi untuk orang lain yang sangat aku sayang.

entry akan datang aku nak share tentang kehidupan aku selepas menjadi seorang ejen insurans. aku nak ceritakan tentang suke duke aku buat keje ni. Aku sambut cabaran ni. see ya!


No comments:

Post a Comment