Sabtu dan Ahad lepas merupakan road show saya yang pertama bersama Prudential. Bermula seawal11 pagi sehingga 9.30 mlm di E-Mart Matang, Kuching Sarawak.
Seramai 9 ejen yang turun bagi tujuan membuat survey kepada orang ramai berkenaan dengan persaraan, pendidikan dan kesihatan.
Pengalaman pertama buat kerja mcm tu memang sangat susah untuk dimulakan. Namun, atas semangat yang kuat serta niat yang suci murni, saya terpaksa menebalkan kulit muka untuk bertanya dengan orang2 yang berada di sekitar tempat tersebut. Yelah, ramai yang pandang rendah dengan ejen insurans. Tapi kami juga manusia biasa yang bekerja untuk mencari sesuap nasi. Kadang2 ada juga ejen yang kene marah dan jadi tempat segelintir individu melepaskan geram. Mungkin sebelum ni mereka pernah beli insurans dgn agensi lain dan kebarangkalian pernah buat claim tapi mengalami proses yang rumit.
Disini saya ingin berikan beberapa fakta mengenai Prudential.
1. Prudential ialah syarikat insurans No.1 di Malaysia.
2. Tahun ini merupakan tahun ke 89 Prudential sudah terkenal di Malaysia.
3. Prudential merupakan 'main insurans' semasa berlakunya insident kapal titanic yang karam.
4. Prudential tidak pernah tukar nama. 'Prudential' sejak azali.
Ada banyak lagi cume saya tak larat nak taip. hehe..
Sebenarnya, apa yang sangat penting bila anda ingin membeli insurans, pastikan anda faham betul2 tentang polisi yang anda nak beli tu. saya ulangi, tolong fahami betul2 polisi yang anda nak ambil tu. Kenapa saya cakap macam ni, sebab tu la ramai yang cakap insurans menipu la..nak cari untung la..bla bla bla..padahal orang tu (segelintir) tak faham polisi insurans yang die beli.
Tips yang kedua, bila anda sudah membeli insurans, pastikan anda kenal siapa ejen anda dan simpan no telefon ejen anda tu. Bila anda masuk hospital ke, atau kemalangan ke, so senanglah anda nak berhubung dengan ejen anda. Itu memang tanggungjawab ejen anda untuk menguruskan segala yg berkaitan dengan kemalangan, kemasukan ke hospital kerana sakit dan juga kematian. (ikut jenis polisi).
Sekarang ni medical card sangat2 berguna. Tak percaya cuba pergi mana2 hospital swasta kat luar sana. Register je mesti nurse kat situ tanya ada medical card ke tak? Kalau korang ada medical card, anda tak perlu risau kalau masuk hospital swasta tentang bayaran bil. Sebab apa? sebab medical card yang tolong anda bayar. Tapi kalau ada medical card, kalau boleh janganlah pegi hospital kerajaan. Kan memang dah free tapi kene menunggu lama la selalunya. Maklumlah hospital kerajaan kan ramai pesakit..
Dengan ini, saya mintaklah pada orang ramai, jangan pandang ejen insurans dengan sebelah mata saje sebab mereka sudah banyak tolong orang. Sangat banyak membantu orang diluar sana. Kalau anda rasa kami sekadar nak ambik komisen, teruskan..kerana kami sangat yakin, semua orang bekerja untuk duit. Tapi ada banyak sebab kenapa saya minat menjadi ejen insurans. Saya ingin tolong orang kerana saya tidak mahu orang lain bernasib malang seperti saya. Ibu saya menghidap cancer Lymphorma dan ayah saya hampir2 terkena strok yg teruk selepas masuk hospital kerana Bp mencecah 200 lebih. Apa yang boleh saya buat dalam keadaan saya makan gaji dan tidak pernah peduli apa itu insurans sebelum ini? Ayah saya sudah kehabisan simpanan KWSP (sepatutnya sudah bersara tapi terpaksa bekerja). Ibu saya surirumah. Betapa saya sangat menyesal kerana jika mereka ada mengambil pelan persaraan dan medical card sebelum ini, pasti bebanan kami sangat ringan. Oleh sebab itulah saya sekarang bersama dengan Prudential kerana bagi saya, melalui cara ini, saya boleh memberi kesedaran kepada orang diluar sana betapa pentingnya insurans.
*bersambung..
Followers
Monday, 1 July 2013
Sunday, 23 June 2013
Hari jadi yang ke-30
Selamat malam semua. Hari ini adalah hari jadi aku yang ke 30!
Pagi tadi aku bangun lambat sebab mlm tadi pegi rumah terbuka hari ngiling tikai di rumah bos besar aku. Bila bangun tidur tu aku rasa malas sebab badan aku rase letih sangat. Kemudian aku nak pegi ke bilik air tapi kaki terasa sakit bila dipijak ke lantai. sakit yang teramat sangat. Namun aku gagahkan juga sbb nak terkencing. Takkan nak tahan jugak kan..
Tiba2 dapat kol dari seorang kawan rapat iaitu Pn. Priscilla. Ajak jumpe sebab ada barang die tertinggal kat dalam kete aku. So, lepas tu aku terus pegi mandi. Dalam keadaan kaki sakit tu, aku masih boleh drive kete sebab aku macam ada satu semngat yang luar biasa hari ini.
Kami breakfast di J&J Kafeteria, Stutong. Kawan aku tu minat sangat dengan mee hun goreng (chinese style) kat kedai tu. So, kitorang order sorang satu. Bile sampai je mee hun goreng yang kite mintak tu, punye la kecewanya hati kami berdua kerana mee hun tu tak sama macam selalu yang kami makan sebelum ni. Mungkin tukang masak lain yg goreng mee tu kot. Kerana memang jenis yang bukan cerewet, aku dan kawan aku makan jer mee tu setakat yang termampu..huhu..(tak dpt mkn habis)
Lepas makan, kami jalan2 sekejap untuk beli barang di Tabuan Jaya. Kawan aku akan balik ke sarikei hari ini dan die nak beli barang2 sikit untuk anak2 die nanti.
Lepas aku jumpa dengan kawan aku tu, aku balik ke rumah. Tibe2 dapat kol dari my mom. Dalam hati aku berkata, "hmm..ni mesti nak wish birthday kat aku."
Rupa-rupanya mak aku bagitau yang ayah aku admit kat hospital kerana darah tinggi. Punye la terkejut aku bile mak bagitau darah tinggi ayah aku cecah 200 lebih. Betapa nyawa ayah dalam bahaya pada masa itu. Tapi syukurlah, dia kuat, mak aku tabah dan berjaya pujuk ayah untuk buat pemeriksaan di poliklinik. Mak aku pun bukan nya sihat. Die masih lagi dalam rawatan kemoterapi kerana kanser limphoma yang dihidapinya pada awal tahun ni.
So, ayah sekarang berehat di hospital. Aku saje tak nak kol die. cume bertanya khabar melalui mak. Mak kate darah tinggi ayah dah turun sikit petang tadi. Syukurlah...semoga ayah cepat sembuh. Tapi kerisauan tu masih ade lagi sebab my mom tak boleh selalu kena situasi mcm tu. Mak tak boleh terkejut, tak boleh rase letih, tak boleh kurang tidur dan tak boleh tak makan. Dua2 keadaan mak dan ayah merisaukan aku pada masa ini. Tapi, apalah daya aku. Aku tidak dapat pulang kerana esok aku bekerja dan ade masalah lain yang buat aku hanya mampu berdoa buat mereka di sana. Tuhan pasti mendengar doa kami..
Thursday, 20 June 2013
#Random
Selamat pagi.
sepatutnya malam tadi aku nak update blog tapi kerana candy crush saga lebih penting buat masa ini so aku tangguhkan niat aku tu. (serius)
Lepas ni mungkin aku nak update seminggu sekali. Tapi tengok jugaklah kalau ade benda penting aku nak share, aku akan update terus. Facebook dah boring sangat sekarang ni sebab ramai manusia kat dalam dunia facebook suka sangat buat sindiran yang kurang menyenangkan. I bukan terasa cuma naik muak dengan ragam manusia kat situ. Buat masa sekarang kalau aku buka facebook untuk main game..dan yg lain2 tu aku buat ikut mood..layan wechat, line, kakao talk, whatsapp etc..lagi seronok kot.
Hari ni khamis 20 jun 2013. Birthday bapak aku. 3 hari lagi birthday aku pula. sehari selepas birthday aku, birthday anak buah aku. 3 org sambut birthday pada bulan Jun.. aku dah wish birthday untuk bapa aku tadi kat wall facebook die. ermm..die belum tengok lagi agaknye sbb tu belum ade reply.
oh ye, aku lupe nak share satu bende. sekarang aku dah buat part time jual insurans sbb nak tambah side income. Gaji sekarang sangat2 tak cukup untuk menampung kehidupan buat masa sekarang. Harga barang naik tapi gaji belum naik. mungkin akan naik tapi tak tau bile..aku dah keje 5 tahun kat sini, tapi gaji naik RM200. bagi korang ok tak? Tak kire la aku keje kat manapun aku tetap rasa tu tak cukup. Bersyukur je la jawabnye..sebab tu aku buat part time. Ade jugak kebaikannya, jual insurans ni aku tambah banyak ilmu pengetahuan. Kesedaran tu timbul dengan mendadak. Dalam hati aku, kenapa la aku lambat sangat bertemu jodoh dengan Prudential. Mungkin disebabkan tekanan atau desakan hidup yang membuatkan aku tergerak hati tuk buat bende ni. lagipun ejen insurans satu kerja yang mencabar. Aku sukekan cabaran tu.Tapi ade satu sebab yang kuat membuatkan aku sanggup buat keje ni.
Aku belajar dari kesilapan dan kelekaan. Mak aku adalah sebab kenapa aku berada di prudential sekarang. belum masanye aku nak sharing kat sini. Tunggu dalam tempoh setahun aku pasti berjaya. Aku nak bahagiakan semua orang yang sayang kat aku. ya, aku nak bahagiakan orang lain...bukan untuk diri sendiri...tetapi untuk orang lain yang sangat aku sayang.
entry akan datang aku nak share tentang kehidupan aku selepas menjadi seorang ejen insurans. aku nak ceritakan tentang suke duke aku buat keje ni. Aku sambut cabaran ni. see ya!
Subscribe to:
Posts (Atom)