Followers

Monday 7 November 2011

Manusia ada akal tak nak guna

Gadis muda ini menyatakan rasa sebenarnya terhadap org Sarawak

tidak cukup bertwitter, di laman blog lagi nak maki-maki

Selamat petang sahabat-sahabatku sekalian tidak kira dimana korang berada sekarang ni. Ada benda baik saya ingin berkongsi dengan korang semua. Saya tidak faham sangat kenapa gadis yang bernama Schaza Zedane[Klik sini] ini begitu membenci orang-orang Sarawak. Bukan dengan niat saya untuk menimbulkan sentimen perkauman dengan orang-orang Semenanjung tetapi sekadar ingin berkongsi pendapat.

Bagi saya, gadis ini tidak menggunakan otak dia sepenuhnya semasa menulis laman blognya yang penuh dengan kata-kata makian terhadap orang-orang Sarawak dan ada juga disebut beberapa buah Negeri lain kecuali Selangor [tempat kelahirannya]. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...Berpunca dari kemalangan kecil yg melibatkan dirinya sebelum ini, beliau dengan lantang menuduh seluruh orang Sarawak sebagai komuniti yang tidak beretika. Itu adalah klimaks kepada jalan cerita gadis tersebut sepanjang berada di Sarawak kerana menuntut di UNIMAS.Mujurlah akhirnya, gadis tersebut memohon maaf dan mengakui kesilapannya sendiri.

Saya merasakan isu ini tidaklah seberat mana, namun begitu hati orang-orang Sarawak telah sedikit sebanyak terguris dengan perlakuan-perlakuan seperti ini. Jangan kita terlalu cepat menilai terhadap sesuatu. sebaik-baiknya kita seimbangkan dari semua segi. Dalam kes gadis ini, dia belum pun sampai sebulan berpijak di bumi Sarawak knp sampai begitu sekali pandangannya terhadap org-org Sarawak? Kejadian yang menimpa dia, bukan hanya berlaku di Sarawak sahaja malah berlaku dimana sahaja. Perangai manusia seribu satu macam. Ada dimana-mana.

Saya berani menyatakan saya tidak bersetuju dengan cara yang disampaikan oleh gadis tersebut kerana saya orang Sarawak dan pernah bekerja di semenanjung. Saya tidak melihat orang-orang semenanjung dengan pandangan yang negatif dan positif tapi saya MERASAKAN orang-orang semenanjung sama sahaja dengan orang-orang di Sarawak. Mereka seronok bergaul dengan saya semasa bekerja sampai boleh berkawan tidak hanya di tempat kerja. Mereka datang ke rumah saya dan tidak pernah timbul perbezaan diantara orang Semenanjung dan orang Sarawak. Cuma yang lucunya, kawan-kawan saya orang semenanjung selalu tanya saya, kenapa orang-orang Sarawak kebanyakkannya suka makeup tebal-tebal? Kenapa gadis2 Sarawak kebanyakkannya selalu berkahwin muda? Kenapa orang2 Sarawak cantik?

Apa yang paling penting sekali adalah, bukan kerana kita orang mana-mana tetapi bagaimana kita mewujudkan suatu pergaulan yang positif. Mesrakan diri kita dulu dengan orang lain. Jangan hanya menunggu orang lain terlebih dulu untuk memulakan sesuatu komunikasi. Jika kita berfikiran negatif, makanya tindakan kita akan turut negatif. Jangan biarkan tindakan kita dipengaruhi oleh orang lain. Mungkin gadis tersebut memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Sarawak kerana Sarawak kaya dengan budayanya. Saya cadangkan gadis tersebut menginap lebih lama di Sarawak. Itu sahaja.

1 comment:

  1. enti enggai meda org swk, pulai menua diri empu lah..

    ReplyDelete