Followers

Monday 7 November 2011

Sama-sama meringankan beban

Tidak hanya memfokuskan kepada isu-isu politik semasa, saya lebih selesa menerapkan pelbagai isu semasa yang lain dalam ruangan saya.

Secara jujurnya, keutamaan bagi seorang wanita adalah untuk kecemerlangan diri dalam organisasi keluarga sendiri. Namun, disamping itu juga, adalah perlu untuk mengambil tahu akan sesuatu isu yang berlaku disekeliling kita. Kehidupan seharian kita juga bergantung dengan keadaan semasa. Maka atas sebab itu lah saya sudah mula menulis blog sendiri!

Antara isu yang menarik perhatian saya ialah kes pembuangan bayi terutamanya. Jujur saya katakan, saya tersangatlah sedih dengan kejadian seperti ini. Saya terbayang bagaimana saatnya saya melahirkan anak sendiri, dan bagaimana gembiranya saya melihat kelahiranya kedunia ini dengan cukup sifat. Dan saya percaya, ramai ibu-ibu di luar sana merasakan hal yang sama. Saya menyusukannya, memandikannya serta melelapkannya dengan penuh kasih sayang. Jauh sekali untuk bertindak kejam terhadap darah daging sendiri.

Namun, itu adalah kerana saya. Kerana saya punya keluarga yang saling menyokong dan sering memberi galakkan saat saya di dalam situasi yang tegang. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Perlu perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari orang-orang disekeliling. Perasaan kadang-kadang sukar untuk dimengertikan.Pendek kata, semasa mengandung, tidak boleh ada sebarang tekanan.

Maka dengan itu, saya simpulkan disini, kes pembuangan bayi ini mungkin dapat dibendung sekiranya kita yang berada disekeliling mereka yang bermasaalah ini tidak memberikan tekanan kepada mereka. Mungkin saya sukar untuk menjelaskan peranan kita sebagai masyarakat asing tetapi kalau kita adalah ibu atau bapa kepada mereka, kita sepatutnya memberikan lebih perhatian untuk mereka tetapi bukan dengan kekerasan. Benda sudah berlaku, bukan masanya untuk kita menuding jari kepada mereka. Sebaik-baiknya, kita harus memikirkan jalan yang terbaik untuk bayi yang tidak berdosa itu...Siapalah saya untuk menasihati ibu bapa diluar sana, tetapi sebagai seorang yang agak prihatin, saya saling mengingatkan diantara kita supaya tidak berlaku perkara yang lebih buruk di kemudian hari. Sama-sama kita fikirkan.

No comments:

Post a Comment