Followers

Wednesday 9 November 2011

Penawar Stress Wanita adalah Bau Ketiak Lelaki























Ye ke? Kepada yang sudah berkahwin tu boleh la cuba di rumah ye...hehe...saya takut....takut pengsan...

1 comment:

  1. Memang benar bau semulajadi di antara dua gender boleh memikat antara satu sama lain tetapi mesti lah di dalam komposisi kimia yang bersesuaian antara dua individu lelaki dan wanita. Contohnya Wanita A hanya hanya bersesuaian dengan komposisi kimia yang memberi bau lelaki B dan tidak kepada Lelaki C. Akan tetapi lelaki B pula mungkin tidak bersesuaian dengan bau wanita A.

    Bau badan semulajadi ini berasal dari rembesan kima tubuh badan yang mana fungsi utamanya untuk pembiakan (contoh mudah lihat haiwan mencium bahagian sulit pasangannya seperti kucing).

    Jadi apabila bau badan lelaki dan wanita menepati masing-masing maka ianya menerbitkan isyarat bahawa mereka masing-masing rela (walaupun kita tidak sedar) untuk "membiak" bersama-sama yang mana manusia menafsirkanya sebagai perasaan "Cinta" - lalu di panjangkan dengan ikatan sosial seperti berkahwin.

    Masalah timbul apabila komposisi kimia badan berubah seperti stress lalu menerbitkan bau atau aroma yang tidak bersesuaian dengan pasangannya maka terbitlah perasaan kurang senang lalu boleh mengakibatkan pergaduhan atau lebih teruk lagi perceraian.

    Masalah juga boleh timbul apabila manusia mengunakan minyak wangi lalu menutup bau semulajadi yang mana minyak wangi juga boleh menaikankan selera seksual. Apabila sistem hiduan kita "tertipu" dengan minyak wangi maka kita boleh menjadi "rela" untuk "membiak" dengan sesiapa sahaja lalu berlakulah maksiat. (perhatikan Islam melarang wanita memakai wangi-wangian melainkan kepada suami sahaja atas sebab ini sebenarnya).

    Jika seorang isteri mendapati bau badan semulajadi suaminya(bukan bau peluh suami yang sudah dicemari bakteria) menjengkelkan maka :-

    a) bermakna si suami yang di dalam keadaan stress tidak sesuai untuk membiak bersama isteri dan kurang subur. Maka si isteri hendaklah mencari jalan untuk mengurangkan stress si suami.

    b) si isteri sedang hamil atau haid. Di mana di dalam kedua-dua keadaan ini tidak bersesuaian untuk pembiakan suami isteri. Bagi isteri yang hamil peringkat 1/3 akhir bau badan suami boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada isteri untuk melindungi kandungannya.

    c) sebab-sebab lain seperti pemakanan suami tadi yang mengambil makanan yang tidak bersesuaian seperti daging-daging yang kurang baik walaupun halal i.e industri pedaging kita seperti daging ayam walaupun halal tidak semestinya baik. Contohnya factory farming ayam kita di Malaysia walaupun di sembelih secara halal tetapi amalan penternakannya kurang baik. Dalam ugama islam kita menekan pemakanan yang halal dan baik (halal wa toyibbah). Makan yang kurang baik boleh memberikan bau badan yang tidak memikat seperti bau hanyir.

    Wallahualam.

    ReplyDelete