Followers

Monday, 7 November 2011

Manusia ada akal tak nak guna

Gadis muda ini menyatakan rasa sebenarnya terhadap org Sarawak

tidak cukup bertwitter, di laman blog lagi nak maki-maki

Selamat petang sahabat-sahabatku sekalian tidak kira dimana korang berada sekarang ni. Ada benda baik saya ingin berkongsi dengan korang semua. Saya tidak faham sangat kenapa gadis yang bernama Schaza Zedane[Klik sini] ini begitu membenci orang-orang Sarawak. Bukan dengan niat saya untuk menimbulkan sentimen perkauman dengan orang-orang Semenanjung tetapi sekadar ingin berkongsi pendapat.

Bagi saya, gadis ini tidak menggunakan otak dia sepenuhnya semasa menulis laman blognya yang penuh dengan kata-kata makian terhadap orang-orang Sarawak dan ada juga disebut beberapa buah Negeri lain kecuali Selangor [tempat kelahirannya]. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...Berpunca dari kemalangan kecil yg melibatkan dirinya sebelum ini, beliau dengan lantang menuduh seluruh orang Sarawak sebagai komuniti yang tidak beretika. Itu adalah klimaks kepada jalan cerita gadis tersebut sepanjang berada di Sarawak kerana menuntut di UNIMAS.Mujurlah akhirnya, gadis tersebut memohon maaf dan mengakui kesilapannya sendiri.

Saya merasakan isu ini tidaklah seberat mana, namun begitu hati orang-orang Sarawak telah sedikit sebanyak terguris dengan perlakuan-perlakuan seperti ini. Jangan kita terlalu cepat menilai terhadap sesuatu. sebaik-baiknya kita seimbangkan dari semua segi. Dalam kes gadis ini, dia belum pun sampai sebulan berpijak di bumi Sarawak knp sampai begitu sekali pandangannya terhadap org-org Sarawak? Kejadian yang menimpa dia, bukan hanya berlaku di Sarawak sahaja malah berlaku dimana sahaja. Perangai manusia seribu satu macam. Ada dimana-mana.

Saya berani menyatakan saya tidak bersetuju dengan cara yang disampaikan oleh gadis tersebut kerana saya orang Sarawak dan pernah bekerja di semenanjung. Saya tidak melihat orang-orang semenanjung dengan pandangan yang negatif dan positif tapi saya MERASAKAN orang-orang semenanjung sama sahaja dengan orang-orang di Sarawak. Mereka seronok bergaul dengan saya semasa bekerja sampai boleh berkawan tidak hanya di tempat kerja. Mereka datang ke rumah saya dan tidak pernah timbul perbezaan diantara orang Semenanjung dan orang Sarawak. Cuma yang lucunya, kawan-kawan saya orang semenanjung selalu tanya saya, kenapa orang-orang Sarawak kebanyakkannya suka makeup tebal-tebal? Kenapa gadis2 Sarawak kebanyakkannya selalu berkahwin muda? Kenapa orang2 Sarawak cantik?

Apa yang paling penting sekali adalah, bukan kerana kita orang mana-mana tetapi bagaimana kita mewujudkan suatu pergaulan yang positif. Mesrakan diri kita dulu dengan orang lain. Jangan hanya menunggu orang lain terlebih dulu untuk memulakan sesuatu komunikasi. Jika kita berfikiran negatif, makanya tindakan kita akan turut negatif. Jangan biarkan tindakan kita dipengaruhi oleh orang lain. Mungkin gadis tersebut memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Sarawak kerana Sarawak kaya dengan budayanya. Saya cadangkan gadis tersebut menginap lebih lama di Sarawak. Itu sahaja.

Sama-sama meringankan beban

Tidak hanya memfokuskan kepada isu-isu politik semasa, saya lebih selesa menerapkan pelbagai isu semasa yang lain dalam ruangan saya.

Secara jujurnya, keutamaan bagi seorang wanita adalah untuk kecemerlangan diri dalam organisasi keluarga sendiri. Namun, disamping itu juga, adalah perlu untuk mengambil tahu akan sesuatu isu yang berlaku disekeliling kita. Kehidupan seharian kita juga bergantung dengan keadaan semasa. Maka atas sebab itu lah saya sudah mula menulis blog sendiri!

Antara isu yang menarik perhatian saya ialah kes pembuangan bayi terutamanya. Jujur saya katakan, saya tersangatlah sedih dengan kejadian seperti ini. Saya terbayang bagaimana saatnya saya melahirkan anak sendiri, dan bagaimana gembiranya saya melihat kelahiranya kedunia ini dengan cukup sifat. Dan saya percaya, ramai ibu-ibu di luar sana merasakan hal yang sama. Saya menyusukannya, memandikannya serta melelapkannya dengan penuh kasih sayang. Jauh sekali untuk bertindak kejam terhadap darah daging sendiri.

Namun, itu adalah kerana saya. Kerana saya punya keluarga yang saling menyokong dan sering memberi galakkan saat saya di dalam situasi yang tegang. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Perlu perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari orang-orang disekeliling. Perasaan kadang-kadang sukar untuk dimengertikan.Pendek kata, semasa mengandung, tidak boleh ada sebarang tekanan.

Maka dengan itu, saya simpulkan disini, kes pembuangan bayi ini mungkin dapat dibendung sekiranya kita yang berada disekeliling mereka yang bermasaalah ini tidak memberikan tekanan kepada mereka. Mungkin saya sukar untuk menjelaskan peranan kita sebagai masyarakat asing tetapi kalau kita adalah ibu atau bapa kepada mereka, kita sepatutnya memberikan lebih perhatian untuk mereka tetapi bukan dengan kekerasan. Benda sudah berlaku, bukan masanya untuk kita menuding jari kepada mereka. Sebaik-baiknya, kita harus memikirkan jalan yang terbaik untuk bayi yang tidak berdosa itu...Siapalah saya untuk menasihati ibu bapa diluar sana, tetapi sebagai seorang yang agak prihatin, saya saling mengingatkan diantara kita supaya tidak berlaku perkara yang lebih buruk di kemudian hari. Sama-sama kita fikirkan.

Sunday, 6 November 2011

Malaysia aman damai untuk selamanya

Pada awal tahun ni kita telah melalui satu pengalaman pilihanraya Negeri yang cukup mencabar dalam sejarah. Walau pun demikian, BN terus gah dalam mempertahankan banyak kerusi daripada pihak pembangkang. Ini telah membuktikan bahawa, rakyat masih lagi percaya dengan kepimpinan kerajaan. Bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang yang mana rakyat sudah tidak yakin dengan Barisan Nasional.

Entry saya kali ini bukan untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, tetapi sekadar menyampaikan apa sahaja yang saya rasakan perlu. Kita tidak perlu cepat melatah dengan setiap tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan kita. Selama ini pun, kita sudah lama hidup dalam keadaan yang cukup aman dan damai jika dibandingkan dengan negara luar. Tetapi kenapa masih ramai yang tidak menyedari ini semua, malah lebih mementingkan akan hal yang boleh dikatakan boleh dibawa berbincang secara baik.

Kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk rakyatnya. Tetapi hakikatnya, baik pihak kerajaan sendiri maupun pihak pembangkang, mustahil untuk memimpin sesebuah negara tanpa ada cacat celanya.

Tidak lama lagi, maka tibalah pula untuk Pilihanraya Umum yang ke-13. Ramai yang meramalkan tarikh PRU ke-13 ialah pada 11/11/11 dan ramai pula yang meramalkan ianya akan diadakan pada awal tahun hadapan iaitu sebelum atau selepas tahun baru cina [2012]. Jadi, sama-sama kita tunggu dan lihat  bilakah tarikh sebenar PRU ke-13. Tetapi yang pasti, kita harus bersedia untuk sama-sama turun mengundi. Jalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi untuk masa depan negara kita sendiri!